"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

22 August 2013

Hari Raya Ke-4- Nasi Kandar Jamal, Butterworth

Teruja tak ngan tajuk tu?? hahha tak la sangatkan?? Klo balik kg activity wajib inilah pekena nasi kandaq. kali ni jom ke Jamal Nasi Kandaq pulak. Last year kitorang pegi sini belah malam, kena beratuq panjang ok, setara nasi kandaq beratoq kapitan keling, Tapi this year nak try belah siang pulak nak tgk acaner!!

Mengikut kata mamak yang jual siang dan malam adalah Nasi Kandaq Jamal yang sama hahah..tapi yang muskilnya kenapa yang malam orang sanggup beratoq panjang yang siang orang wat derk je?? mungkin nasi kandaq hanya dimakan waktu malam kot #PositiveMalaysia. tak timbul sangsi sikit dihati..mungkin sama tapi tak serupa kot.

Last year makan sebelah malam, sebelah malam die jual atas keta tolak bawah pokok (keta kandaq nasi tu mmg datang dari Nasi Kandaq Jamal ni la juga) dia akan parking bawah pokok dan open table di kaki lima kedai. Mula beroperasi tepan jam 10 malam. Tapi org dah beratoq dari pukul 9.30 malam. Masing2 menyaksikan nasi kandaq tu kluar dari Restoran Nasi Kandaq Jamal penuh sabar. 

Berbalik cerita tahun ini kitorang makan dalam kedai la sebab dah datang siang, Alamat kedai klo uol nak g:- Sebelah malam pun die jual di bawah pokok jalan telekom.
Nasi Kandar Jamal
Jalan Telokom 10200 
Butterworth
Pulau Pinang

Hari tu kitorang makan berenam, 4 dewasa 2 kanak2 ongkosnya hanya RM39.00. 
Nasi Ala-carte pinggan i ade nasi, telor sotong, telor rebus, pinggan hubby makan telor rebus, ayam goreng, telor sotong, pinggan mak ngah makan telor sotong ngan bendi, telor rebus, Double A Nasi putih & telor rebus, maklong makan pasemboq. pastu ade kari kepala ikan lain pinggan. Rasanya worth it kot dengan kesedapannya. Air biasalah teh ais, teh tarik ntah lupe dah minum ape hari tu..kuikui.

Jomlah tgk gambarnya pulak terliur minta maaf. bagi yang dok penang boleh la pi cari yang dok di luar penang Ampunnnn di pinta!!


Setiap pinggan lebih kurang same


Kari Kepala Ikan, sedap!!
dah tinggal banyak  ni baru nak amik gamba hahha

21 August 2013

Meriahnya Raya

Salam Lebaran, masih mood raya, banyaknya rumah lum g beraya ni, Ahad lepas kengkawan hubby & i datang beraya di rumah. Acctually makan2 ni saje je buat untuk kengkawan yang bagi  hint nak datang rumah. Hahha siap hint2 lagi. So i buat untuk diorang la. Thanks pada yang sudi datang. Appreciate it!!

For me, bulan syawal ni boleh je pegi ziarah even orang tu tak buat open house. Betul tak? ke ade yang tak setuju. Hihi :)

I masak kuah lodeh & nasi impit je, ayam bakar resepi hubby makan with broccoli stim with sos meletops nyum nyum, mak ngah sponsor ketupat palas, kakak yan sponsor rendang ayam. hahah buruk perangai siap suruh tetamu masak. hahah tapi kakak yan dah macam ahli keluarga. Datang jadi guess hanya utk 5 minit pertama pastu sila jadi tuan rumah hahah... korang jgn follow perangai i tau, Teruk.

Makan2 ni sgt simple indie katakan, tak boleh kira open house hihihi.. seronok klo menjamu kawan2 makan dirumah. Apatah lagi ade yang puji sedap..hahah..pandainye masak!! hahha mula nak cakap eh ni first time buat ni. Konon nak minta orang tu cakap la..pandainya kau first time buat pun dah macam chef masak gitue...hahah...

Tak best entry klo takde gambar, jom layan gambar. tapi tak banyak..biasala dah jd tukang masak malu nak bergambar..muka cam bibik je kuikui..so ni je ade.. Gambar makanan yang i masak first time n menjadi tu pun tak sempat snap..haishh stress!! gambar ayam bakar hubby's signature pun nando. punya la bz!!


barisan isteri-isteri kepada suami2

my old frens, mase uitm segamat & shah alam

Kakak Yan & Aisyah
haha shomort nya dadam
gambar ni nampak i gmok tak suke
Gambar ni paling i suke
My SIL with family


16 August 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Tetiap hari i mesti singgah blog farah,  tetiba hari ni nampak farah ade wat segmen..tak leh buang mase last segmen farah buat dah terlepas..so kali ni i kena join..jom uols join jugak..leh rapatkan ukhwah dengan blogger2 lain diluar sana...

sape nak join leh follow jer step ni,,simple like ABC...


Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Hari Raya Pertama 2013

Siap tulis tajuk raya pertama..nak kena review sampai raya ke 30 ke hahha..Rasenye macam ni je entry raya i hahah.. itu pun dah gaya komando bagi arahan dah nak amik gambar ngan bebudak ni..berpoloh ketiak, gara-gara nak amik gambar raya ngan Double A..kopiah jatuh..tangan korek idung, tepis sana tepis sini..Adehhh!! mencabar kemain baru part amik gambar je. belum lagi bawak g beraya umah sanak sedara..

Memandangkan sume orang dok paste gambar raya, sudahnya i pun tak tahan nak gak letak gambar raya.. walaupun gambar raya kami ala-ala gambar orang tengah bersilat haha. paksa la en. hubby carikan gambar raya yang serupa gambar raya sikit..

ni je yang ok sikit hahah
Sudahnya ini jelah gambar raya yang dapat dikongsi bersama uols.Raya kali ni kami pilih warna royal blue..hahha bukan kami yang pilih i yang pilih..diorang ikut jew.. Mandatory, takmo ikut takde baju raya hahha..

tgk Adam campak kopiah
Dah anak dara dah Aisyah..
Raya tahun kami beraya di Perak di rumah MIL. InsyaAllah nnt i upload gambar raya di kg i di Kedah n raya di Ampang pulak yer..

Byeee..Chhoww..saksikan Gwiyomi dari Aisyah..

Muah!!

Gwiyomi Raya ke nih??



07 August 2013

Selamat Hari Raya 'Idul Fitri

Ehsan google
Yayy esok raya! Esok semua umat islam akan meraikan hari Hari Raya 'Idul Fitri.

To all rakan-rakan, sahabat-sahabat tersayang  Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir & Batin andaikata sepanjang berblogging ade terguris perasaan korang, tersakit hati dan sebagainya. Sesungguhnya i tidak bermaksud menyakiti hati sesiapa. Percayalah!!

Kepada semua kawan-kawan yang saya sayang jom tgk check list Menyambut Shawwal. Agar uols tak terlepas dari melakukan amalan Sunnah Menyambut Shawwal. Jom Check it down.

1) Bertakbir
Syahdu,Tenang, happy, and rase cam satu kemenangankan bila dengar alunan takbir di tv kan. apakata kita takbir beramai-ramai dengar sedap tak suara..hihi ade cam Munif tak?? tak pun Razak Ahmad? Bertakbir tak semestinya di masjid, dirumah, di jalanraya/highway PLUS, AKLEH sume pun boleh. Tidak kira samada korang bermukim or  sedang bermusafir. Jom bertakbir baru happening Raya. Meriah bertakbir beramai dalam kereta otw balik kampung kan. Jom takbir reramai. 

2) Mandi, Berwangi-wangin dan Berhias
yay!! baju baru warna biru harus disarung dibadan, songkok tinggi segak di pakai si ayah. Jadi anak2 mak kena bangun awal pagi, Mandi sunat Idul Fitri. So kena bangun awal pagi untuk dapat pahala sunat mandi Hari Raya. Pakai baju baru dan serba wangi, Yayyy suke2!!

3) Menjamah Makanan
Makan terlebih dahulu sebelum solat sunat 'id al Fitr . Haram berpuasa dihari raya. Hari Raya mesti macam2 juadah ade kan..takkan la uols nak puasa kan ahahha..Jom jamu selera esok..

Tiga je checklist untuk uols. Salam Idul Fitri dari i sekeluarga. Tahun ni beraya di Perak rumah mertua. Rendang ape mak mertua i tgh buat tu yer..hahahah..

Chow bye :)






06 August 2013

Iftar bersama Sastred- Felda Villa

Dah terasa sangat dah bahang raya, masing2 dah bz dengan baju raya, dah start matching baju ngan tudung, dah prepare kuih raya nak bawak balik mentua, nak bawak balik kg sendiri kan? Esok klo kat kg. mesti dah beratur g beli daging, ayam nak masak rendang..alaaa best sangat..tak penah missed lagi teman mak beli daging..Arghh tapi tahun ni termissed lak..Grrr..gara2 cuti takde..i terpaksa berkhidmat demi negara sampai esok...Tension!!

Ok takmo cite lagi pasal cite sedih tu.. Acctually i nak cite pasal Iftar bersama Sastred last Friday. Last Friday kitorang bersama staffs Sastred berbuka bersama di Felda Villa. Best acctually Felda Villa ni, makanan die sangat sedap. tapi yang peliknya tak ramai blogger yang review pasal Ramadhan Buffet disini. Mungkin next year Felda perlu untuk buat food review. Kasi terkenal sikit!!

Entance!!
Kemas!
Setelah pelbagai rintangan dilalui mase nak booked ni akhirnya i manage to book here. Memula nak JW Marriot KL, Royale Bintang, Hotel Royal sume fully booked. Ni antara yang byk blogger dok review.

Macam2 thema makanan ade di Felda Villa ni, Arab ade, Western Ade, Steamboat ade, Mee Rebus, Laksa Johor, Buah Buahan ade rambutan, mangga, mata kucing, anggur, tembikai betik. Ikan bakar, Kamping Panggang, kuih muih pelbagai, roti jala, ubi kayu n keledek rebus, kek, paling best kari kambing perghhh sedap sangat, keropok, nasi putih pelbagai jenis lauk such sambal udang, kari tenggiri, sayur, masak lemak lala, deep fried stall ade goreng pisang, kopok lekor, cucur udang  dll.

Kari Kambing Terbaik
Kambing Panggang lak!!
Roti- Rotian!! tak rase pun..tak sempat
variety of fruits Double A fav

hahah penat nak list sume makanan yang sedap2 tu jom la tgk picca. Sume sedap..mmg rase nak pegi lagi tak puas makan hari tu..

Arab Cuisine ade Chicken Mandy & Lamb Mandy
Laksa Sarawak & Mee Udang

Makanan kat sini disediakan oleh Dsaji Katering. Sedap sangat!! Mungkin next year Felda boleh improve dari segi marketing, buka sume dewan buat Ramadhan Buffet. Sbb sedap sgt menu die. 

Sekian tu je. Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Batin. Berhati2 di jalan raya.

chow..ups enjoy lg ya pic di bawah..



Antara yang sedap Roti Jala Kuah Duraian
Keledek dan Ubi Kayu Rebus

02 August 2013

Iftar-Marakesh Restaurant, Jalan Uda Kampung Baru KL


Marakesh Restaurant

Wallaweiii bos blanja iftar, hihihi..kemain lagi happy klo boss blanjakan!! Biasa la as a staff klo boss blanja mmg rasa happy sesangat, tetiba rasa diri di appriciated oleh boss hahah gittew sekali impactnya. So kepada boss boss klo ade duit lebih tu blanja staff uols yer..dapat pahala mengembirakan hati staff. :)

makanan dah ready..snap wajah lapar kami dulu
Lokasi nak berbuka kitorang lah yang pilih, bos kasi hint je nak Arab Cuisine..Hamboii sangat demand. jadinya lokasi yang strategic dekat dengan opis, senang nak balik rumah tentulah area lam KL ni gak. Jadinya Marakesh Restaurant jadi pilihan. Acctually i ngan hubby mmg selalu juga makan dekat sini. Best, cantik restaurant ni.

Kitorang pilih Buffet Iftar malam tu RM 40 per pack.tak la mahal. Makanan die ok. Lauk2 die biasa la kambing, ayam, soup, and kuih2 arab, and appetizer arab. Nnt uols tgk la picca. nama menu die tak tulis lak. Tapi cam ralat sikit la xde kebab..ingat ade..Adehhh!! Klo uosl takmo leh je amik Ala Carte.

Setibanya Kami
Tak ramai yang dapat join, berbuka bersama malam tu. Jadinya hanya kami bersebelas je yang ade memeriahkan suasana.

Sesekali dapat berbuka puasa bersama teman2 best kan..tapi serious waktu berbuka tu tetiba teringat kat Double A. Teringat camna kalutnye i buka pose kat rumah adam panjat meja sepahkan kurma, aisyah minta tambah air, i lambat die buat sendiri sudahnya hari tu makan ikan goreng i berkuah soya lah.. Segan nak ajak guest berbuka pose sesama takut lak guest i tercekik.. 

Jom lah layan gambar2 i haha..Jom checkitdown

Bye Muah :)

Menunggu Azan
Mine



Appetizer


Sedapkan!!  
Butter Soup aku rase bende tu!!