"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

25 November 2014

UPIN IPIN & ULTRAMAN DI PICC,PUTRAJAYA

Assalamualaikum, 

Apa i nak cite yer masa pegi tgk Upin Upin & Ultraman Ribut di PICC, Putrajaya Sabtu lepas..selain nampak kepala orang dan sesak nafas and hampir pengsan..Dah banyak baca status fb ramai sungguh parents dok sumpah seranah kekalutan di event tu..
Mungkin sekarang ni pihak Les' Copaque Sdn.Bhd & event manager tgh wat post mortem event last week. Acctually kitorang mmg plan nak tgk Upin dan Ipin dr bulan October lagi dah gitau Adam & Aisyah Ultraman Ribut nak datang PICC mmg exsaited sangat dah siap salah2 tarikh ingatkan 22hb Oktober 2014 rupenyer 22hb November 2014. Dari awal bulan 10 dah suruh hubby save the date takut anak2 tak leh tgk upin ipin dan ultraman.  Dok la menghitung hari kitorang nak tgk ultraman ribut.

Dah sampai masa 22hb November 2014, kitorang pun pergi la  cousin, maklong paklong, makcik i dr kedah ikut sekali nak tgk ultraman upin dan ipin kekdahnya. (maklong &makcik datang knuri acctually)

Dah sampai jalan besar depan PICC tgk jammed, MashaAllah, dah gitau Adam tak yah la pegi, Adam dah sedih ,nak gak pergi..terpaksa la masuk juga meredah jem demi Adam. Dari situ dah nampak orang ramai parking dekat bawah bukit panjat bukit depan PICC tu. gile kau sampai camtu sekali. Tinggi ooo bukit PICC tu mengah!!..dengan bawak stroller and anak kecil..mungkin kejadian ni Les Copaque and event manager pun tak tau..parking space tak cukup ya..!!!

Kitorang manage masuk ke dalam jugak dan parking depan PICC. Melangkah masuk dewan PICC tu..die punya sesak sampaikan nak amik phone snap picture pun tak boleh.. ada juga henpon kena siku langsung kena beli baru. so tak yah amik gambar..belaga2 bontot sampai organ2 dalaman pun terasa sekali lagaan tu..

Ape nih?? tak nampak mana upin mana ipin apatah lagi ultraman ribut. Adam letak atas bahu hubby. Aisyah i dukung2 letak tak larat weyhhh dengan keadaan itu. My mom tolong bawak beg...kitorang pusing dewan tgk  apa ade..yang jual2 merchandise upin upin tu pun tak fully organized. bersepah. dengan manusia nak pilih barang n nak bayar tempat same. sempit!!

Satu lg, barang upin ipin ni mahal. Towel RM35.90, T-shirt roundneck budak RM35.90, bekas air RM19.90. sudahnya hubby  i cuma beli stationery RM 10.90 , Buku mewarna RM3.90, toys upin dan ipin RM10.90 sorang satu dekat Double. Ye lah tak nak kecewakan diorang dahla tak dapat tgk upin ipin & ultraman. Rasenye mahal kot barang2 yang dijual tu..tambahan parents yang datang bukan bawak sorang anak..klo setiap anak nak beli sorang selai baju dah berapa melayang duit disitu. Sebagai syarikat animasi keluaran tempatan patutnya sedar keupayaan orang kita membeli. Nak beli barang kategory kemahuan ni, rakyat Malaysia dah kena ketepikan dulu pikir seploh kali..sbb banyak keperluan yang perlu dipenuhi..mungkin boleh masuk wish list je dulu hahahah. dan akan kekal di wish list.  Kebanyakan yang pergi berhimpit -himpit tu golongan marhaen cam i je. 

klo tgk dalam siri upin ipin sendiri Kak Ros mmg berang sangat klo upin dan ipin nak mainan mewah macam Ehsan. Tp reality semua merchandise upin ipin hanya Daddy Ehsan je mampu beli. Opah hanya sebagai penorehgetah hanya mampu pujuk upin ipin jgn beli..atau opah terpaksa menoreh sampai  malam untuk beli. Kak Ros akan terus masam mencuka dengan kehendak upin dan ipin diluar kemampuan keluarga yatim piatu tu. Mail kena tolong mak meniaga untuk beli kannnn. Tok Dalang terpaksa create barang mainan untuk alih perhatian upin ipin dengan mainan rekaannya.

crowd dari peminat upin ipin mmg membaggakan la..mmg siri upin dan ipin best, jalan cerita yang menarik, ade nasihat dan banyak nilai2 murni yang diorang terapkan. sbb tu parents teruja untuk ke PICC. Kalau lah syarikat Les' Copaque nak buat Theme Park rasenye boleh berjaya kot klo tgk pada peminat2 yang serbu PICC. Tapi tiket masuk jgn la mahal sgt yer :)

Untuk next event hope Les' Copaque Sdn.Bhd. dapat oraganize dengan lebih bijak lg. Biarlah semua fans yang terdiri dari golongan kecil ini dapat tgk semua show. Sbb fan fan kecil itu tetap setia meminati uols sebab diorang tidak tau erti penat lelah dan protes. Apatah lagi nak buat riot tak puas hati hahahha. Mak Ayah diorang je yang dok meraban kat status fb. tp klo anak ajak tengok lgi upin ipin mesti parents akan akur. So to Les' Copaque jaga la peminat uols. 

Ok. habis dah bebel..sorry klo ade yang terasa..teguran membina..sbb i support Malaysia brands.

Bye!!!

Muahhhhh








05 November 2014

Aisyah ke Zoo Negara KL

Assalamualaikum, 

cite dah lame ni..tp nak update gak..untuk kenangan diri sendiri..
Kisah aisyah ke zoo..she grown up now dah pegi zoo dengan kawan2 without parents. How time flies? Kadang2 rase macam I am not even have time to take a camera and snap them. Rugi Sgt kan. 

Sbb tu I guna blog, instagram mane yg sempat untuk snap and upload picture diorang membesar. At least boleh la tgk nnt..feeling dah tua n anak dash besar.
Semua yg di blog ni actually untuk diri I and family. Klo uols yg sudi baca tu terima kasih sangat..
Ok back to cerita asal. Kisah ke zoo..actually aisyah pegi zoo 27/9/2014 haha lame dah kan? Now baru nak update. 
Diorang pegi naik bas and van. Student 5 & 6 naik Bas. Yg 4 tahun naik van..ramai jugak la 2 sesi bergabung..sallute dekat cikgu dapat manage dengan baik.
Memula klo ikutkan hati mmg I nak follow. Tp husband I cakap klo parents ikut lg nyusahkan keje cikgu..nnt anak2 sibuk nak ikut parents..Jd tak jdi la ikut. maka berdoalah siibu semoga perjalanan rombongan Aisyah selamat pergi n pulang..hah gitue kau..mane tak risau..sbb klo bawak aisyah ngan adam g jenjalan mmg rase nak pitam tau diorang lari sana lari sini..

Tp acctually Aisyah ni klo dengan cikgu die berubah wajah, bukan main baik lg..sampaikan tgk gambar yg cikgu die wasep i macam " eh tak sihat ke Aisyah ni" " senyap je",. klo kuar dengan mak ayah bukan main ligat lagi berlari sana sini. ok at least tak nyusahkan cikgu..bukan senang nak jaga 60 orang klo memasing buat fiil..

Alhamdulillah, kol 3 lebih baru diorg sampai balik..muke happy, nmpak cam letih sikit tp dah start cite..so i conclude die suke g zoo with friends & teachers. Tq cikgu & Pasti Iqra' Taman Melur, Ampang.
sedih je muke
4 tahun naik van
tgk tu bukan main baik lagi
snap masa van dah nak bertolak
 
 Ok chow. Jumpe lg!! Muahhh