"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

26 January 2015

D'ALAI HOMESTAY, ALAI MELAKA


entry kali ni bukan i yang tulis, tapi penulis lain..ahakkkss blog suam2 kuku ade penulis jemputan..mesti korang jeless kan..well akak kan bz..jadi akak invite la penulis yang agak tersohor untuk bantu memajukan jualan iklan nuffnang akak ops menambah cerita di blog ahkak.. alang2 dah sebut nama nuffnang tu..nak tya sikit apsal duit tepek iklan kat blog akak ni tak gerak? takkan la uols peminat setia akak tak clik iklan ahkak kan?? baik korang ngaku korang clik tak??? hhahaha

ok akak tak kisah pun.. bukan motip utama akak nak jadi advertiser pun..tapi klo qu puteh nak pilih akak tulis pasal product die akak setuju..tak baik la uolss dok hentam2 iklan qu puteh kat ajl tu..dah die main sponsor perlu la untuk sebut product die selalu kan..dah jangan nak kutuk lagi..i suke Dato' Vida tu...bangga la sikit melayu n wanita yang berjaya dalam perniagaan.. sesungguhnya akak suke ngan orang2 yang berjaya dalam perniagaan... sekian..

ok lupe klo korang nak tgk picture boleh terus link ke sini
day one
malam BBQ 
sukaneka

ok happy reading :)

eh eh..tadi cakap bz nak tulis blog..siap invite penulis bagai..dah ni dok tulis berjela2 lak..ok now jom baca.



Kesemua ahli peserta program selamat tiba di perkarangan d’Alai Homestay lebih kurang jam 2.00 petang. Selesai sahaja urusan Daftar Masuk, kesemua peserta terus sahaja menikmati hidangan makan tengahari secara Pot Luck. Yang bawa rendang, bawa rendanglah. Yang membawa nasi, periuklah yang dibawanya bersama. Pendek kata, tiadalah yang kelaparan. Meriah jangan cakaplah. Dia punya meriah serupa majlis kenduri kahwin. Mujur tiada pelamin sama pengantin sahaja. 

Berlangsung kemudiannya pula adalah aktiviti bebas yang mana anak-anak sibuk bermain air di Kolam Renang sambil ditemani oleh ibubapa. Kesempatan yang terluang, ada juga kalangan peserta duduk sambil berbual-bual kosong bertanya khabar sesama sendiri khususnya buat yang pertama kali bersua muka sambil menikmati juadah Kuih Keria Limbongan dan juga Karipap goreng panas yang telah diuruskan dengan baik oleh pihak Urusetia demi memastikan tiada siapa yang kelaparan sepanjang program berlangsung. 

Menjengah ke lewat petang, pihak Urusetia yang diketuai oleh Kak Ita sambil dibantu oleh ahli jemaah yang lain telah bersedia untuk bersilat di dapur bagi menyediakan makan malam yang bertemakan BBQ. (Handal betul Kak Ita, dari siang tak reti duduk diam. Ada sahaja kerja yang beliau hendak lakukan. Terima kasih banyak-banyak Kak Ita!). Urusan pembakaran arang telah diketuai oleh Saudara Shahir yang tidak kurang handalnya bertarung dengan Arang yang seakan lambat sungguh untuk bertukar menjadi Bara. Mujur juga tahap kesabaran Shahir cukup tinggi. Makan sejam jugalah nak menunggu Arang tersebut bertukar menjadi Bara. Sesudah Bara tersedia, barulah upacara BBQ berjalan dengan pantasnya tanpa melibatkan sedikit kelewatan waima seminit pun. Selain daripada bertemakan BBQ, hidangan Nasi Goreng ,Mihun Goreng dan juga Otak-Otak turut tersedia untuk dijamah oleh peserta. Program makan malam ini berlangsung dalam suasana yang cukup santai dan ceria. Sekitar jam 11.00 malam, barulah ramai peserta masuk tidur untuk berehat. Tapi ada pula kaum-kaum hawa yang siangnya tidak berkesempatan untuk bermain air di Kolam Renang, masa inilah kedengaran mereka mula melakukan aksi terjun tiruk serta kuak lentang dan sebagainya tanpa ada sebarang gangguan sambil menyambung sesi persembangan sehingga ke lewat tengahmalam.