"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

11 May 2017

MALAM NISFU SYAABAN

Keagungan Syaaban adalah dengan kedatangan malam ke-15, iaitu malam Nisfu Syaaban, malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”   (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

 
Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
  • Kalimah syahadah,
  • Surah Yassin tiga kali,
  • Beristighfar,
  • Berselawat dan berdoa,
  • Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir

19 December 2016

Majlis Graduasi Anak Sulung- #aisyahshahir

Assalamulaikum, 

This is also a #TB story hahah.. always late. Cite pasal convo aisyah. Jom la cite2 sikit. 
Bulan 11 itu hari klo tak silap majlisnya...

Aisyah graduated from pra sekolah. Next year dah darjah 1. Klo zaman i dedulu convo tadika tak la sehebat diorang ni. Siap berjubah convo, pentas dihias cantik, ade photographer lg,

Pukul 7.45 gitu i dah sampai sekolah rupanya Aisyah lah org terakhir sampai, student lain semua dah berjubah siap dah. 

Selesai pakai jubah semua pelajar masuk dewan. Ade 2 kelas je Pra sekolah disekolah aisyah. Total dalam 50 student. 

 Kesian tgk cikgu nak kena manage pelajar nak buat persembahan, pakai jubah, tukar baju persembahan tukar pulak..letih kan..
 
Aisyah dapat sijil tamat prasekolah dari YDP PIBG sekolah




Terima sijil Pencapaian Prestasi Terbaik dr Penolong Kanan Sekolah


Mak Ayah Adam pun sibuk gak nak bergambar disitu

bersama rakan sekelas



Persembahan Chicken Dance


Xnak bergambar ni penat suruh
Bersama guru kelas, yang sangat baik




Pukul 11.00 siap majlis. i tot Aisyah ni ghairah la nak bergambar ngan kawan-kawan n cikgu. Rupenya tak? laju je ajak balik.. ehh tak nak ke bergambar soalku hampir marah..taknak-taknak kakak panas. jom balik!! . sudahnya snap la juga 2 3 keping pic n terus ke kelas hantar jubah. Bergambar ngan cikgu kelas pun tak. i lak yang rasa ralat sbb xde kenangan bergambar ngan cikgu kelas..

gambar yang ade tu pun hasil i wasap cikgu suh snap pic ngan aisyah esoknya..huhuhu..

Settle hantar jubah kitorang pun pulang..Sampai dalam kete i dok tya..nape kakak taknak amik gambar ngn cikgu and kawan. Jawapan sama kakak panas and lapar. aduhaiiiii ok lah mengalah xmo tya dah..

Singgah makan, pastu terus balik umah...Sampai umah biasala perangai tak sabar maknya nak bagi ceramah motivasi x bertempat i pun tanya la die....

Kakak, tadi bape kali naik pentas amik sijil, i la tanya dengan niat nak memotivate si anak supaya  rajin belajar. 
2 kali jawab Aisyah. 
Tau tak kenapa 2 kali naik pentas. 
Cikgu suruh...jawabnya lg
ok betul la tuh cikgu suruh naik 2 kali amik sijil die pun naik. 

I pun macam dah hilang ayat,  camna nak teruskan juga ceramah motivasi ni. Sudahnya i pun cakap la..
kakak naik pentas 2 kali sbb kakak dapat 2 sijil 1 sijil untuk habis pra sekolah, 1 lagi sijil sebab kakak dapat anugerah peningkatan prestasi terbaik
Klo tahun depan kakak rajin baca buku lagi dapat naik pentas banyak kali amik hadiah tau...ok lega dapat bagi ceramah motivasi kali ni.  
Xde respon mula la rasa tak puas hati. 
i pun tanya kakak nak ta naik pentas banyak kali tahun depan???

Tau apa die jawab. Taknak lah naik pentas banyak kali. Kakak penat naik tangga sampai 3 kali. kena tukar baju pakai baju persembahan tukar lagi pakai baju jubah tu..dahla panas!!! Demn..pengsan mak kau nakkkk... Motivasi gagal.. 

Apa2 je la..mak doakan kakak berjaya dalam pelajaran jd seseorang di masa akan datang. Agar cerah masa depanmu anak. Diduniakan dan akhirat. Jangan kejar dunia jer..beri keutamaan pada akhirat. Klo kakak penat naik pentas pun ok la....speechless!!

SEkian..