"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'
Showing posts with label acara kudapan. Show all posts
Showing posts with label acara kudapan. Show all posts

13 November 2013

Sarawak Day 2

Assalamualaikum, ok i nak sambung pengembaraan i bersama teman-teman tercinta di Sarawak. ok lepas je kitorang pegi Annah Rais Long House. kitorang teruskan perjalanan untuk lunch di Aroma Cafe . Masuk je dalam van terus paksa Aisyah tdo. sebab menurut kata Maui perjalanan lebih kurang 1 1/2 jam.

Kilang Pasu
on the way nak g lunch Maui ajak kitorang singgah Kilang Pasu, Sarawak ni mmg terkenal dengan seni mengukir pasu. mmg cantik habis pasu2 yang diukir tu.Mmg tak plan nak membeli pun pasu time pegi tp terbei gak satu sbb cantik sgt huhuh..teruja.

cantik kan

seni
Aroma Cafe, Kuching

Aroma Cafe
Ni antara tempat yang perlu korang pegi klo g Sarawak, Aroma Cafe menyediakan makanan tradisi Sarawak yang sedap. Antara makanan yang sedap kat sini Ayam Pansuh, Umai, Midin. kat sini menu utk lunch disaji seawal 9.30 pg. so korang kena pegi awal kang tak merasa yang best2. Macam kitorang hari tu sampai sni dah pukul 2 jadinya tak dapat nak merasa Umai..ouuchh sedih!!

Dah ready nak ngap
Ayam Pansoh Sup Ayam dengan Pucuk Ubi Kayu, Must Try
Aroma Cafe letaknya di Ground Floor, Sub Lot 126, Section 33 KTLD, Jln Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak KTLD, Ground Floor, Sub Lot 126, Jalan Tabuan, 93100, Section 33, Kuching, Sarawak, Malaysia
+60 82-417 163  
Terubok Masin Goreng
Kek Lapis Dayang Salhah dan Gerai Terubuk

Acara Shopping bermula disini. Disebuah gerai jual terubuk and udang galah..weeehee n Kilang Kek Lapis Dayang Salhah. Pelbagai jenis kek lapis ade disini tapi seriously i suke perisa cadbury, original & prune. kat sini ade tester diberi secara percuma. makan lah sampai kenyang.

Jom Rasa!!

Bestkan

Semua Best

Borang sakan

Meh kakak yang angkat
Opposite dengan Dayang Salhah tu ade gerai orang menjual terubuk masin & udang galah. Terubuk masin harganya dri RM5-RM15 seekor & udang galah RM60 sekilo saiz udang lebih kurang 6 ekor sekilo. Terubok masin ni ade 2 jenis tempatan dan import. harga terubok tempatan lagi mahal dari import. Rase? same je kot!!

Disiang dan digaramkan dihadapan pelanggan. Fresh!!
Sibok mak jemah dok tawar menawar
Siap packing sesuai untuk hand carry
Si sepit Biru

Acctaully jauh lagi perjalanan kami untuk hari ke2 ni..jari jemari i yang runcing dah tak mampu nak naip lagi..so i terpaksa sambung esok..hhaha saje je nak wat entry bebanyak baru en.nuffnang nampak i cam rajin berblog..nampak nampak!!

Maka i nak stop dah ni..esok sambung lgi perjalanan kami ke Kubah Ria, Monumen Kucing dan Waterfront. 
Tata titi Tutu..chowww..

21 August 2013

Meriahnya Raya

Salam Lebaran, masih mood raya, banyaknya rumah lum g beraya ni, Ahad lepas kengkawan hubby & i datang beraya di rumah. Acctually makan2 ni saje je buat untuk kengkawan yang bagi  hint nak datang rumah. Hahha siap hint2 lagi. So i buat untuk diorang la. Thanks pada yang sudi datang. Appreciate it!!

For me, bulan syawal ni boleh je pegi ziarah even orang tu tak buat open house. Betul tak? ke ade yang tak setuju. Hihi :)

I masak kuah lodeh & nasi impit je, ayam bakar resepi hubby makan with broccoli stim with sos meletops nyum nyum, mak ngah sponsor ketupat palas, kakak yan sponsor rendang ayam. hahah buruk perangai siap suruh tetamu masak. hahah tapi kakak yan dah macam ahli keluarga. Datang jadi guess hanya utk 5 minit pertama pastu sila jadi tuan rumah hahah... korang jgn follow perangai i tau, Teruk.

Makan2 ni sgt simple indie katakan, tak boleh kira open house hihihi.. seronok klo menjamu kawan2 makan dirumah. Apatah lagi ade yang puji sedap..hahah..pandainye masak!! hahha mula nak cakap eh ni first time buat ni. Konon nak minta orang tu cakap la..pandainya kau first time buat pun dah macam chef masak gitue...hahah...

Tak best entry klo takde gambar, jom layan gambar. tapi tak banyak..biasala dah jd tukang masak malu nak bergambar..muka cam bibik je kuikui..so ni je ade.. Gambar makanan yang i masak first time n menjadi tu pun tak sempat snap..haishh stress!! gambar ayam bakar hubby's signature pun nando. punya la bz!!


barisan isteri-isteri kepada suami2

my old frens, mase uitm segamat & shah alam

Kakak Yan & Aisyah
haha shomort nya dadam
gambar ni nampak i gmok tak suke
Gambar ni paling i suke
My SIL with family


02 July 2013

Wahab Cendol, Setapak

Mungkin ade yang dah penah dengar kot Wahab Cendol ni..sbb kedai ni mmg femes dah..tak perlu nak knal2 lelebih dah.
sedap makan cendol sebelah pokok kelapa..


Semalam i ngan Kakak Yan pegi jumpe tailor kat gombak, balik singgah basahkan tekak dan buncitkan perut di Wahab Cendol. 
sonok la dapat kuar ngan kakak yan

Cendol kat sini very the variety hahah, ade cendol pulut, tapai, jagung, and macam2 lg..klo dah ade cendol kena la ada pasemboq atau rojak, macam2 lagi ade kat sini, mee rebus, mee goreng, nasi ayam dll.

menu leh baca disini laju laju
kat Cendol Wahab ni self serbis yer, jangan pegi duduk kat meja nak nunggu orang datang amik order. Nando. Korang kena pegi kat depan, baca menu die yang banyak tu..pastu order, bayar n dapat resit..kat resit tu ade no. giliran. tunggu sehingga giliran anda dipanggil Opss tak panggil k, die canggih sikit ade screen LED kat situ..tunggu sehingga screen LED tu memaparkan no giliran anda. Pastu korang kena g amik sendiri makanan korang di kaunter dan makan. Senangkan!! 
tadda Rojak Biasa RM 4


Kepada penggemar cendol jom i citer sikit pasal asal kejadian cendol nih,  Nama asal cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. sbbnya dedulu nak buat cendol ni perlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.

Chorn Dooi Pulut RM 2.80 dan Mee Rebus RM 4
Menurut penyunting journal makanan Cina, Flavor and Fortune, Jacqueline M. Newman, hidangan cendol memiliki cita rasa Malaysia, mengaitkan kaitan antara jeli dan kacang dalam air batu campur dengan bahan halo-halo ("campur-campur") di Filipina. 

Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh 90 tahun.  Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.

Sekian, bye..muahhh!!