"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'
Showing posts with label tempat soping. Show all posts
Showing posts with label tempat soping. Show all posts

29 January 2014

# Saya Jual



As Salam

Nak wat promosi kain cotton jab..Mohonteruskan pembacaan ya..Perniagaan Alam Maya i masih diteruskan walopun dah lame tak story pada uols kat blog. Tapi untuk yang follow insta lovelycotton_ dan fb Lovely Cotton tu mmg setiap hari i n my partner ade uplod kain2 baru.

Taknak cite byk2 jom la tgk design terkini untuk digayakan oleh uols :)

♥English Cotton 
♥4 Meter 
♥RM 75 including shipping Peninsular Malaysia 
♥Add RaM5 Sabah &Sarawak 
♥Interested sms/whatapps +60123003441 +60123694302 +0133806609

inform uols blog reader i ade special price..hihihi


hitam putih sesuai utk yang bergelar lawyer
to build confident nak wat presentation pilih ni..:)

humble & nice

terkini

cotton's signature

antara yang top


bergaya & cantik

polkadot hitam pink

i nak yang ni
comel sgt yang ni

06 December 2013

Kuching Sarawak Day-2 Last episode

Tenggelam timbul, tenggelam timbul..adeh letih la nak curik masa nak celoteh pasal diri sendiri pi jalan mana, makan apa, shopping kat mana,  hahaha..bajet Rozita Che Wan sangat..hihi ni dah berjaya curik masa ni tolong la baca..kang i meroyan klo uols tak baca...

ok bukan apa nak sambung cita p Sarawak itu hari lah..baru day 2 tak abis2 lg..harap2 kegigihan i story mory pada uols ni dapatlah uols manfaat dan faedahnya..niat i baik kan...hihihi give a big clap to me!!

Nak sambung kat mana pun i dah lupa hihi..ok yang lepas last g Dayang Salhah kan..after shopping bagai nak rak disitu kitorang pegi Kubah Ria. tapi tak turun pun dari van sbb ujan plus our tour guide tu cakap kat Kubah Ria tu harga barang2 mahal..hahh orang Sarawak komen sikit betul ke mahal? macam tak caya jer macam tipu je.. and die suggest g Main Bazar..mungkin dalam kotak fikiran die kitorang nak beli souvenir  yang berupa baju i love kucing, key chain n fridge magnet, kain batik hihih..sebab tu die suggest g Main Bazar..tak tau yang dalam kotak fikiran akak ikan terubuk, sepat kering, ikan bilis, bulus kering, udang kering, sayur midin hahaah...Maka kecewa ahkak disitu..tour guide tak leh menterjemah ape di minda ahkak!!


Kubah Ria dihati
gambir di Main Bazar

Ramai budak opis kirim gambir nih
maka dibawaknya kitorang ke Main Bazar. Kat sini pun best beriban gak la duit hakak melayang membeli..kat sini ade jual baju2 t-shirt, kain batik, perencah laksa sarawak, lada hitam n lain2 tapi ikan kering, ikan masin yang akak nak tu xde la..lepas shopping kat Main Bazar, i terpaksa gak gitau yang kitorang acctually nak beli ikan bilis..hahah kantoi.. akak yang vogue ni nak beli ikan kering  sebagai souvinier. rasanya mau keras perut tour guide tu tahan gelak.  

Maka tour guide kitorang bawak la pegi kedai runcit yang jual ikan masin..hahah..Adehhh tersedak kejab..maka beli la gak udang kering ngan ikan sepat goreng

ok dah nak balik hotel tetiba teringat lak yang kitorang belum bergambar dengan kucing..Alamak camna tu..tanpa segan silu terpaksa la minta tour guide kitorang ke Monumen Kucing semata utk bergambar...


kucing putih

Kucing kucing ku
 Hari ke2 tamat yayyyy..pastu balik hotel lepak2 after mandi solat bergegas carik makan...jalan2 la kejab di area waterfront..

sekian..chowww













13 November 2013

Sarawak Day 2

Assalamualaikum, ok i nak sambung pengembaraan i bersama teman-teman tercinta di Sarawak. ok lepas je kitorang pegi Annah Rais Long House. kitorang teruskan perjalanan untuk lunch di Aroma Cafe . Masuk je dalam van terus paksa Aisyah tdo. sebab menurut kata Maui perjalanan lebih kurang 1 1/2 jam.

Kilang Pasu
on the way nak g lunch Maui ajak kitorang singgah Kilang Pasu, Sarawak ni mmg terkenal dengan seni mengukir pasu. mmg cantik habis pasu2 yang diukir tu.Mmg tak plan nak membeli pun pasu time pegi tp terbei gak satu sbb cantik sgt huhuh..teruja.

cantik kan

seni
Aroma Cafe, Kuching

Aroma Cafe
Ni antara tempat yang perlu korang pegi klo g Sarawak, Aroma Cafe menyediakan makanan tradisi Sarawak yang sedap. Antara makanan yang sedap kat sini Ayam Pansuh, Umai, Midin. kat sini menu utk lunch disaji seawal 9.30 pg. so korang kena pegi awal kang tak merasa yang best2. Macam kitorang hari tu sampai sni dah pukul 2 jadinya tak dapat nak merasa Umai..ouuchh sedih!!

Dah ready nak ngap
Ayam Pansoh Sup Ayam dengan Pucuk Ubi Kayu, Must Try
Aroma Cafe letaknya di Ground Floor, Sub Lot 126, Section 33 KTLD, Jln Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak KTLD, Ground Floor, Sub Lot 126, Jalan Tabuan, 93100, Section 33, Kuching, Sarawak, Malaysia
+60 82-417 163  
Terubok Masin Goreng
Kek Lapis Dayang Salhah dan Gerai Terubuk

Acara Shopping bermula disini. Disebuah gerai jual terubuk and udang galah..weeehee n Kilang Kek Lapis Dayang Salhah. Pelbagai jenis kek lapis ade disini tapi seriously i suke perisa cadbury, original & prune. kat sini ade tester diberi secara percuma. makan lah sampai kenyang.

Jom Rasa!!

Bestkan

Semua Best

Borang sakan

Meh kakak yang angkat
Opposite dengan Dayang Salhah tu ade gerai orang menjual terubuk masin & udang galah. Terubuk masin harganya dri RM5-RM15 seekor & udang galah RM60 sekilo saiz udang lebih kurang 6 ekor sekilo. Terubok masin ni ade 2 jenis tempatan dan import. harga terubok tempatan lagi mahal dari import. Rase? same je kot!!

Disiang dan digaramkan dihadapan pelanggan. Fresh!!
Sibok mak jemah dok tawar menawar
Siap packing sesuai untuk hand carry
Si sepit Biru

Acctaully jauh lagi perjalanan kami untuk hari ke2 ni..jari jemari i yang runcing dah tak mampu nak naip lagi..so i terpaksa sambung esok..hhaha saje je nak wat entry bebanyak baru en.nuffnang nampak i cam rajin berblog..nampak nampak!!

Maka i nak stop dah ni..esok sambung lgi perjalanan kami ke Kubah Ria, Monumen Kucing dan Waterfront. 
Tata titi Tutu..chowww..

19 July 2013

Bazar Aidilfitri Jalan TAR


nendia jalan TAR, suasana hari jumaat ya

Seploh hari dah berpuasa, uols dah merasa belum air katira, onde-onde aka buah melaka, kuih akok,roti john, ayam golek, gulai kawah, kambing bakar, bubur lambuk, kebab kambing (yang cucuk kat lidi pastu ade letak capsicum ngan karet tuh,) murtabak pak din hahahh ni klakar sume pasar ramadhan claim die pak din..asal ramadhan je ramai tukar nama jadi Pak Din. Saje je remind kat uols  makanan tradisi yang dijual secara berleluasa apabila ramadhan tiba takut uols terlepas pandang..kang tak merasa lak. Dah habis ramadhan mmg tak jumpe la air katira kan??

Hakikatnya i nak cita pasal Bazar Aidilfitri di jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) mmg femes tak yah perkenal lagi dah seantara dunia tau pasal kehebatan Bazar Aidil Fitri Jalan TAR ni.15 hb Ramadhan ni boleh la tgk berpusu rakyat dari Selangor, Ipoh, Seremban, akan menyerbu jalan TAR. Maka berpeluh lah jugak hari tu i nak balik keje hadap jem.

Kenapa 15hb? ni hari cuti Nuzul Al-Quran penduduk luar KL bercuti, pulak tu dah gaji, masing2 akan soping raya, destinasi pilihan hah ni la jalan TAR nih.

Now i dengan mulia hati nak kasi tips untuk korang yang nak soping pada hari tersebut :-

Guna kenderaan awam
Klo mampulah gunalah kenderaan awam, sbb kawasan ni mmg xde parking sangat, limited. klo berani parking dibahu-bahu jalan. silakan. anda pasti akan pulang dengan surat cinta dari DBKL.

Jangan bawak anak kecil
Elakkanlah, sini panas, crowded sangat, takut pengsan lak. klo anak tak pengsan pasti maknya pengsan. Nak pilih baju, nak kejar anak, dengan berlaga-laga bontot ngan pengunjung lain mau tak pengsan. Siap2 amik size anak pastu datang sini belikan je.

dari baby umor sehari pun ade baju Melayu

No stroller allowed
Klo dah anak pun harus dielakkan, Stroller mmg dilarang sama sekali la. Selain ganggu jalan orang lain, ia juga akan memberi tekanan sewajarnya kepada anda hahah.

Hati-hati ngan pick pocket
ini penting kang dah cucuk duit riban, pastu letak lam paper bag, mmg jam nak bayar duit dah xde. 

Parking
Incase tak daya nak nak menggunakan kenderaan awam or terpaksa bawak kereta, tempat parking paling selamat sogo, sebelah semua house and roof top. jalan la kaki sikit je sampai bazar . jangan la masuk nak cari area2 bazar mmg leh jem 4 jam situ je.

Datang awal pagi
Bertolaklah diawal pagi. pas sahur mungkin. 

Ade reporter
Jangan terkejut la klo tetiba ade orang bawak camera besar, tanya "ape perasaan puan bersoping disini?" eh camtu ke soklan die?  ntah la.. i jalan je lelaju klo nampak die dah start pasang kemera ngan hala2 mic ni..kang glamor lak ahkak.. klo ade rezki korang nak masuk tv korang jawab je la ngan tenang, make sure cover cun. untung-untung dapat masuk tv al-hijrah malam tu. hhaha 

i tau semua akan pilih Bazar Aidilfitri Jalan TAR ni sebab complete semua ada, baju melayu dari baby umor sehari sampai la warga emas, baju kurung pun same, telekong, sejadah,jubah, fashion mmg terkini, harga murah, cadar, sarung kushion, table cloth, kuih muih, kekacang, dodol, kasut baby, kasut mak baby, sandle, kain pelikat, kain batik. kain pasang pun ade!! 
peplum kanak-kanak 2-6 years price RM65
baju raya & sampin raya



psst ape colour tema uols tahun ni??
Sebab tu leh attract ramai pengunjung, one stop centre for hari raya, kira datang soping 15hb ni 16hb dah leh raya lah..hahah jgan cari pasal. puasa sebulan k. Beli 15hb balik tenung je baju-baju tu 1 Syawal kang pakailah..hihii.
sampin jangan dilupa


Harga die mmg murahlah, klo compare ngan tempat lain jangan malu segan nak tawar menawar, gerenti dapat. acah acah sikit cam takmo beli mesti nnt die panggil balik hahaha..skill kena ada klo nak tawar-menawar ni..jgn la tawar bila baju dah masuk beg. mmg tak pat lah.
Anak2 pun kena bergaya juga di Aidilfitri


Jom layan picca i untuk uols klo tak cukup leh tgk  Bazar Jalan TAR tahun lepas .
paling kecik size 18

Blue & Pink sangat akrab now
Buah Tangan untuk ayah bonda di kampung barangkali

sekian, chow!!

Don't shop till drop. Happy shopping gals !! 

Assalamualaikum..

11 June 2013

Mydin Moving Out Sales -Discount 50%

Tajuk dah panas hahah..yup Mydin Jalan TAR tgh wat moving out sales!! Semua barang setiap floor discount 50%. Tunggu ape lagi. Berbaloi baloi!!!
50% ok..hurry!!
Bye..