"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

30 July 2013

Udang Telor Masin



Udang Telor Masin ala Shahri Low haha tak agak2 letak nama

Salam Ramadhan,

Ramadhan hampir meninggalkan kita, sedih rasenya :( tahun depan pulak InsyaAllah panjang umur boleh sesama menghayati ramadhan lagi. jadi jangan lepaskan 10 terakhir Ramadhan gandakan amal ibadah. solat sunat, beriktikaf, qiyamullail membaca al-quran dan sebagainya. 

10 Ramadhan terakhir ni elakkan keluar rumah, banyakkan berada didalam rumah beribadah. So kena masak dirumah,  I nak kasi uols resepi untuk berbuka simple je tak perlu banyak masa nak buat tapi sangat sedap. Ni mmg faveret i klo makan kat Shahrin Low. mmg sedap!

Jom tgk resepi


Bahan A
Udang 10-15 ekor (buang ekor)
2 biji telor (ambil putih je)
tepung jagung, lada sulah garam @ tepung goreng Kentucky tu je
Minyak masak

Bahan B
2 biji telur masin
1 sudu Minyak masak
2 sudu butter/margerin
3 pelepah daun kari
5 biji cili padi (di potong)
garam 
gula
kiub ayam

Dan Caranya!!







Bersihkan udang, buang kulit separuh, celup didalam putih telur, dan tepung kentucky, goreng. Asingkan udang yang telah digoreng tadi.

Didalam periuk lain rebus telur masin hingga masak. Amik telur kuningnya dan hancurkan.
didalam kuali yang lain masukkan satu sudu minyak lebihan goreng udang tadi bersama 2 sudu butter dalam kuali. Tumis daun kari dan cili padi, kacau!! masukkan kuning telur masin yang dihancur tadi kacau lagi, masuk kiub ayam, garam, gula, kacau lagi, masukkan udang yang telah digoreng tadi kacau sehingga kering. Pastu hidang. sangat sedap.

Sangat sedap. cubalah 15 minit je buat.

Bye selamat mencuba. Chow!!

Siap Sudah!!



06 July 2013

Kuih gula melaka

gara gara marathon puasa. hari ni teringin lak nak makan gula melaka atau onde onde ade gak panggil   buah mulung.

i pun ajak la makngah wat gula melaka. klo wat sendiri kang jd bubur melaka lak hihihi...dah jd kebiasaan time puasa je ingat kuih ni klo tak puasa tak ingat sagt hihi..sgt sinonim ngan bulan puasa.

bestnya kuih ni bila masuk je lam mulut cecair manis gula melaka dan lemak kelapa parut akan menghasilkan rasa yg sgt enak. dan mmh takleh lupa..

taknak cite pepnjang nnt uols leh cari kat bazar ramdhan mesti ade yang jual. klo nnk buat sendiri
hari i baik hati nak kongsi resepi makngah dgan uols.jom check it down.


Bahan A
200 gm tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
Air
Garam
Pewarna hijau atau pandan

Bahan B (inti)
Gula melaka dipotong dadu

Bahan C
Kelapa parut
Garam

Cara buat
Uli tepung pulut dan tepung beras dengan air bersama air garam dan pewarna atau pandan sehingga jd doh. Dah jadi doh bentukkan bulat letakkan gula melaka ditengah2 bulatan kuih. Bulatkan tepung sampai gula melaka tertutup sepenuhnya.

Panaskan air dalam periuk, masukkan gula melaka td dalam periuk berisi air panas dan rebus. Bila gula melaka dah timbul  maksudnya dah masak la tu. Angkat letak dalam air sejuk pula..haha byk kan step.don't stop never give up. Gula melaka tu dah sejuk boleh lah digaulkan bersama kelapa parut..hahh gitewww siap dah.


siap hidang dan makan
yeayyy dah siap!!
beginilah hasilnya
dadukan gula melaka
makan..

01 June 2013

Resepi Broccoli Scramble Egg

Selalu beli broccoli tapi tak tau nak masak ape..balik2 masak sayur campur tak pun celur or rebus  or kukus je. Punya lah bosan menu. Hari ni dapat idea nak wat broccoli scrambled egg..haaha.jom tgk ape resepinya ;)
Bahan A
2 biji telor
garam
Gula
Bahan B
Sebonggol broccoli
1/4 lada benggala or capsicum
3 ulas Garlic
2 ulas bawang merah
Kicap
Sedikit minyak masak
Sedikit air
Gula
Cara caranya
Scrabled kan dulu bahan A letak tepi. Tumis bawang putih n bawang merah sampai naik bau. I suke bau bawang putih kena tumis.hahah  Masuk garam sikit dan gula, masukkan sedikit air, masuk broccoli. Kacau!! Masukkan capsicum biar masak masuk kan kicap sedikit. Lepastu gaul dengan scramble egg tadi kacau biar sekata dan hidang!!
Broccoli n sejenis sayuran yg sgt tinggi folat. Jadinya sangat sesuai untuk pregnant moms.
Broccoli bagus dimasak dengan cara dikukus. Ini kerana segala vitamin dan nutrisi penting didalamnya tidak hilang.
Merubus broccoli akan menghilangkab 50% folat.
Broccoli juga mengandungi vit C dan serat makanan dalam jumlah yg byk.
Oleh itu,makan lah broccoli yang juga mempunyai agen anti cancer..
Sekian..Bye♥♥