"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'
Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

19 March 2015

Birthday hubby @Me'nate Steak Hub, Setapak KL

tender & juicy yang ni RM 56.++


Dah lama acctually teringin nak merasa steak dekat menate steak hub..maka bersempena birthday hubby I pun belanja la en. Hubby di Menate Steak Hub ni..Hubby I mmg penggemar steak.

Mmg sedap puji hubby I. For me ok la not bad..mungkin sbb I pilih well done. Hubby cakap manis daging dah xde klo pilih well done. Jd next time klo nak makan steak pilih la yg rare or medium rare baru sedap.

Kat sini harga mmg a bit pricy la..klo tgk price die mng bermula dari rm40 higga rm100++ untuk sekeping steak average her at 200gm

Kat sini yang bestnya air free and free flow..dah la free, refil pun free..so ok la worth it.
Selain steak ade juga, lamp, chicken pasta and also kids meal.
Jom I blanja ape kitorang makan hari tu

ni lah kedainya
well done RM49 ++
pilih dari sini, choice are yours
pelbagai harga
boleh lah usha2 klo xmo makan steak

13 November 2013

Sarawak Day 2

Assalamualaikum, ok i nak sambung pengembaraan i bersama teman-teman tercinta di Sarawak. ok lepas je kitorang pegi Annah Rais Long House. kitorang teruskan perjalanan untuk lunch di Aroma Cafe . Masuk je dalam van terus paksa Aisyah tdo. sebab menurut kata Maui perjalanan lebih kurang 1 1/2 jam.

Kilang Pasu
on the way nak g lunch Maui ajak kitorang singgah Kilang Pasu, Sarawak ni mmg terkenal dengan seni mengukir pasu. mmg cantik habis pasu2 yang diukir tu.Mmg tak plan nak membeli pun pasu time pegi tp terbei gak satu sbb cantik sgt huhuh..teruja.

cantik kan

seni
Aroma Cafe, Kuching

Aroma Cafe
Ni antara tempat yang perlu korang pegi klo g Sarawak, Aroma Cafe menyediakan makanan tradisi Sarawak yang sedap. Antara makanan yang sedap kat sini Ayam Pansuh, Umai, Midin. kat sini menu utk lunch disaji seawal 9.30 pg. so korang kena pegi awal kang tak merasa yang best2. Macam kitorang hari tu sampai sni dah pukul 2 jadinya tak dapat nak merasa Umai..ouuchh sedih!!

Dah ready nak ngap
Ayam Pansoh Sup Ayam dengan Pucuk Ubi Kayu, Must Try
Aroma Cafe letaknya di Ground Floor, Sub Lot 126, Section 33 KTLD, Jln Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak KTLD, Ground Floor, Sub Lot 126, Jalan Tabuan, 93100, Section 33, Kuching, Sarawak, Malaysia
+60 82-417 163  
Terubok Masin Goreng
Kek Lapis Dayang Salhah dan Gerai Terubuk

Acara Shopping bermula disini. Disebuah gerai jual terubuk and udang galah..weeehee n Kilang Kek Lapis Dayang Salhah. Pelbagai jenis kek lapis ade disini tapi seriously i suke perisa cadbury, original & prune. kat sini ade tester diberi secara percuma. makan lah sampai kenyang.

Jom Rasa!!

Bestkan

Semua Best

Borang sakan

Meh kakak yang angkat
Opposite dengan Dayang Salhah tu ade gerai orang menjual terubuk masin & udang galah. Terubuk masin harganya dri RM5-RM15 seekor & udang galah RM60 sekilo saiz udang lebih kurang 6 ekor sekilo. Terubok masin ni ade 2 jenis tempatan dan import. harga terubok tempatan lagi mahal dari import. Rase? same je kot!!

Disiang dan digaramkan dihadapan pelanggan. Fresh!!
Sibok mak jemah dok tawar menawar
Siap packing sesuai untuk hand carry
Si sepit Biru

Acctaully jauh lagi perjalanan kami untuk hari ke2 ni..jari jemari i yang runcing dah tak mampu nak naip lagi..so i terpaksa sambung esok..hhaha saje je nak wat entry bebanyak baru en.nuffnang nampak i cam rajin berblog..nampak nampak!!

Maka i nak stop dah ni..esok sambung lgi perjalanan kami ke Kubah Ria, Monumen Kucing dan Waterfront. 
Tata titi Tutu..chowww..

27 June 2013

Wadihana Islamic Steakhouse

Aisyah tekun memotong Angry Chicken
RM 6.90


I klo puasa tak leh tgk gambar food..klo gagah tgk gak mesti kejal depan PC. Tp rakan sesiku I Kakak Yan ni suke sgt dok gugel gambar makanan time i pose. Sudahnya I terpaksa la wasep hubby ajak teman i berbuka di wadihana islamic steakhouse. Sib baik hubby i nak..

Wadihana steakhouse ni dah ada 3 cawangan tau 2 dijajahan Bangi, 1 di Setapak..yang I pegi dekat setapak. Senang je nak cari dekat Kampung Pengantin..

Menariknya restoran ni walaupun die serve western food restorannya sgt islamic k, time makan korang diiringi lagu2 nasyid yang sangat tenang..;) bestkan..time korang nak masuk waitress die akan greet dgn Assalamualaikum. Mmg bukan Welcome Sir ok.. Nak balik die cakap Syukran Jazilan Ya Ustaz hahha ni i tiffu je.. Kategory serbis sangat tip top k. Kedai bersih, kemas..decoration modern n sgt menarik lah..very the cosy place..

Dah cite dah..jom tgk gambar pulak.
Braised BBQ Beef Ribs Hubby punya
RM31.90
and  Air tu namanya Shirley Lemonade RM 7.90
Presentable sangat kan menu die
Lamb Shoulder i lah yang punya
RM 19.90
Ceaser Salad terbaik!!
RM 12.90

Sekian, segmen jjcm kali ini. Bye!!

23 June 2013

Restoran Upin & Ipin

Smalam, kuar cari makan..siang makan kenduri malam malas masak jdinya haruslah carik makan di kedai..mulanya nak makan nasi ayam kat taman Cheras Indah..nasi ayam die sedap ikut tekak I lah. Tapi tutup..argg sedih.:'(

Jdnya terus hilang arah tatau nak makan mana..terus ke Kg Baru..lahai xde lak kedai yg berkenan..terus ke Melawati plannya nak makan satay..Park depan kedai Upin & Ipin..

Leh lg i ngan hubby wat perbandingan klo makan kat sini Double A i mesti tenang sikit diorg leh layan Upin Ipin..klo makan satay ade gak lidi satay tercucuk idung klo bawak diorang ni.. Kesudahannya makan kat Upin Ipin. Len kali lah makan satay...o_O

Makanan kat sini pun ok..simple2 mknn die tapi sedap!!..ade nasi ayam, nasi goreng, mee rebus n lain.. Kids meal roti, fries and sausage.Kedai bersih, servis pun cepat, Waitress n Waiter peramah n yg penting baby friendly lah. I like!! :-D

menu Hubby

Menu Aisyah share ngan Adam Nasi Ayam Black Pepper

Klo parent yg bawak anak sesuai sangat la dtg sini sbb anak2 uols mesti leka tgk deco upin ipin kat wall kedai plus die pasang jer cite upin ipin kat screen tv..

Kusyuk tengok Upin & Ipin


Kesimpulannya..klo rase nak makan luar tp pikirkan anak2 akan wat hal pilih lah kedai ni..first time i kuar kedai, tgk bawah meja xde sudu ngan garpu. klo tak nak bangun pun segan..bersepah nasi bawah meja plus sudu garpu, straw sume ade..hasil diorg bersilat..
Pasni kite makan sini jelah!! Takyah pening2 lagi mau makan mana..kannn
K bye..muahh♥♥

Togok Air Upin & Ipin



Cute!!

18 June 2013

Burger Bakar Abang Burn

Cari Banner ni..betol la tu Abg Burn!!
Burger Bakar dan fenomenanya!! Gittew!! mungkin akan cakap ni fenomena lame..yup agree mmg Burger Bakar fever ni dah lama. Keberkekalan diluar fenomena itu kemenangan!! mukadimah kali ni perlukan keseriousan yang tinggi hahaha..

Citernya simple, smalam i pegi makan Burger Bakar Abang Burn. Sedap!! dedulu sebelum fenomena burger bakar ni, biasanya klo nak makan beger mesti pi beli dekat stall yang jual beger pakai daging beger ramli, saudi tu kan? Murah beger ni dalam RM2.50 -RM4.00 klo bajet lebih sikit dapat la makan beger McD, Beger King, KFC.

Sekarang dah lain dah, beger di naik taraf dah..mmg kecur la tgk beger dengan cheese meleleh ade lak onion ring, sausage perghh!!..Kat Abg Burn ni ade lak Meat Ball with Mushroom sos and Black Pepper Sos mmg terangkatlah.
cheese mmg meleleh i salah angle ni sos lak meleleh
Abg Burn ni dah maju dah ade banyak Jajahan dah Kat Ampang, Cheras Perdana, Seksyen 7 Shah Alam, Kajang , Alor Star pun ada, orang utara toksah dok telan ayaq liuq lah hampa pun boleh pi makan gak aih!!. Nak tau lanjut boleh buka la website Abang Burn ni..kot 2 la korang nak join abg burn wat bisness pun boleh..tapi kena tahan panas la..nak bakar beger bukan senang tu.. klo tak tahan panas jangan!!

Ok korang pun dah tgk sendiri web abg Burn n dah tau kat mana lokasinya..so ape lagi try la..To abg Burn i nak jumpa u in person nak minta komisen promote beger u..hahhaha bajet ramai la sangat reader i kannnn???
10 ketul RM 9.90

Komen i, saya suka beger kambin with extra cheese abg burn sedap sgt!! Delicious!!

sedap yaw!!
Nak lagi sedap orderlah bersama fresh oren, terbaik!! jangan ingat nak diet lupe kan diet korang buat seketika kang tak nikmat nak makan...Bismillah, Pejam mata buka mulut luas-luas ngap biarlah deria rasa anda menterjemahnya..hahahah gittewww!!

Ok bye..Muahhh Assalamualaikum.