"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

22 December 2011

Ombak Rindu- Dari kaca mata seorang Aku

Yeaaa aku dah tgk citer ni..mmg best..penuh panggung..!! balik je asben aku dari Pakistan sampai sini dalam kol 3 ptg..hahah malam tu gak aku ajak g tgk citer ni..asben I cakap ok  heheh besttt sangat...untung kan i...he never say no for whatever his wife wish for...sweet rite??? hahah sila lah jeles u ollss..Aku pun terus la search nak tgk kat maner..hallamak sume full booked pulak..so terpaksa la postpone..tgk esoknyer hari ahad..kol 4.30 kat tgv klcc..

Hubby aku siap tertdo plak time show..ishh bleh la plak...orang lain siap tersedu2 nangis..die g tdo pulak..tapi dalam tdo2 pun die punya coment pasal citer tu bleh tahan iskk muskil lak...dah tgk ke sbelum ni??? siap leh hafal lagi skrip mase Izzah lari dari Hariz nyorok kat blakang batu...

Now nak citer pasal citer ni la plak...pelakon Aaron Aziz terbaik..mmg pandai la tuan pengarah pilih..sempurna sekali..sesuai sangat ngan watak Haris yang digambar handsome, kacak n segala macam kat dalam Novel..
Heroinnya Maya Karin..memula mmg cam tak bape nak yakin Maya leh bawak watak Izzah dengan baik tapi dah tgk ehhmm ok best...

Tapi aku cam tak puas hati sikit lah part..Izzah pakai tudung..eee komotnya..iron la skit..makeup sume bleh pakai takkan la tudung kau tak iron..pastu kain tu tersangat la jarang aduhh tak sessuai yang watak seorang guru agama...cer imbau balik citer Nur Kasih arahan Khabir Bathia..sempurnya penampilan Nur Amina..org kampung gak..

Movie ni pun disambung tayangannya lgi seminggu, So klo nak repeat still sempat lah...Hope dapat la 12juta kutipan..

byeeeeeeee!!



08 December 2011

HUbbY p Pakistan Lagi..tak suke10x

Salam u olls..

Ehmm kene tinggal lagi..tak bestnyeee..klo hubby ade umah aku selalu ajak gaduh ahahah ..sekarang padan muka aku kena tinggal..gelakkan aku..hahahah

Untuk pengetahuan korang hubby i selalu ulang alik g Islamabad Pakistan..kire bahasa Urdu tu mmg hubby i dah terre..hahah btol ke bang.."Acca Ji.." "Mei tum sei pyar re kar to hei" hahah ape nih...

Ok mengikut cite hubby sekarang ni musim autumn kat Pakistan..hahah autumn in my heart u tau tak?? ahhahah..sedih tau kena tinggal...sob sob..tapi kena positive la nak wat camna rezki kat situ kan..harap2 pasni rezki kat Mesia lak..tak yah la hubby i kena merantau demi sesuap nasi...kesian hubby i kena makan kari hari2 sob sob.. klo kat mesia bleh i masak shedap2 kan..hihih

ok Autumn tu maksudnya musim diantara summer and winter kire bahasa melayunye musim luruh lah..Pakistan ni 4 season tau cam London gak..cuma kawasan yang dilanda winter tu tak berape nak sumer tempat..ade part2 nyer jer..

Hari tu mase hubby nak pegi pakistan kitorang hantar kat KLIA..hihi aisyah wat  muke sedih mase kitorang siap2 so hubby i tak sampai hati nak tinggal aisyah..so aisyah ikut skali..sampai KLIA je la..Ni ha aisyah di KLIA..

aisyah janji jaga mini fan ni baik2 sampai ayah balik...takkan hilangkan, or rosak..
kedai coklat ni je yang menarik perhatian Aisyah..pandai yer pow ayah hahah...

Disebabkan Hubby dah tinggalkan kami lame..kami mau tuntut sesuatu sila bawak kami jalan2 lepas balik Mesia ni..lokasi dah pilih dah sila setuju je..mandatory hhahah...

k. la tata titi tutu..








06 December 2011

PAVLOVA

Ape khabarnyer punnnn...tagline hubby gaya2 nak tiru Johan..aisheh rindu la tu....tajuk Pavlova ok..plis jangan melencong...hahah PAVLOVA ni aku dah rancang ngan member opis aku nak wat since bulan Ogos kot..sekali bulan November baru terlaksana hahha..kira teliti punya perancangan lah i loike...WOW!!!

Pavlova ni sejenis makanan..hahah toksah wat jakun la dok tanya bende ape k..WOW bahasa..sangat tak bagus..jangan tiru!!!

WOW!!! hhihi my lil aisyah pun dah pandai sebut WOW ni time main angry bird kat phone aku..die punya WOW mengalahkan dah dapat hihgscore sekali baru berjaya lastik bird..bird lak ntah mana2 jer pegi..hihihi..

Dah bersawang ke blom blog aku..last post November ooohhh baru lagi..bukan ape xde ipad la..susah nak berblog..cer ade ipad sehari 18 thread aku post..haha tak caya??? bak mai kasi aku ipad satu...klo tak nak kasi ipad kasi jer ...ape yer ..yang canggih tu..haha sampai tak tau la ape nama ?? perubahan teknologi ni terlalu melampau hahah...eee apsal aku suke melalut dr cita pavlova nihhh!!

Mari2 aku nak kasi korang tgk pavlova aku nihhhh...
cream tu cam tak bape nak jadi sangat lak..
hahha tgk die punya naik ahhah aku pun tak sangka aku main letak je penuh bekas..hahah kat luar oven tu aku doa jer jangan la naik tinggi2 sangat..takkan nak doa dalam oven lak kan...
Next..



Ok you all nak resepi ???? hihih gugel la sendiri..hihi aku pun amik je dari blog orang lain...

ok lah choww..tata titi tutu...

15 November 2011

BBQ @ PD

memula nampak cam gayat je aiyah ni...pastu mmg tak nak naik daaa
seronoknya main pasir....

Salam, kali ni nak cita pasal our picnic at PD...actually ni mmg tak plan dari awal pun..mmg main terjah jer..hotel sume tak booking..memula mmg ingat nak bacpakers je..tapi hahha..mmg aku tak sanggup oukeyyy tak sanggup!!..

yang menyertai picnic pada kali ini kami sekeluarga n termasuk juga staff hubby..

Kitorang bertolak ke PD sekitar jam 4.00 ptg selepas aku abis wat stock take kat opis..keje ok sabtu rajin
sekarang aku jamu mata korang untuk tgk gambar yang telah di captured sepanjang kat PD
oukeyy ni gambar pemandangan dari tingkat hotel yang kitorang duduk..Mayangsari hotel , suite and resort.

 jeng2 ayam dah dibakorr tunggu piranha ngap jer....



jom swimming with aisyahhhh...

dah bbq makan, mandi swimming pool, mandi pantaiii kitorang pun bertolak balik pada ahad after maqrib...bye PD...

11 November 2011

11.11.11

11.11.11...hari ni..sume orang sibuk nak cipta kenangan untuk hari ni...beribu booking kat hospital semata nak bersalin hari ni..beribu booking tok kadi suh akad nikah hari ni...tahniah for those yang sempat cipta kenangan terindah pada tarikh keramat ni..keramat ke??? arghh tak lah biasa saja...

sebelum sumer terlupa n terlalu taksub ngan tarikh ni hari ni bersamaan dengan 15hb Zulhijjah 1432H hari Jumaat..

Ape2 Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur..murahkan rezki aku sehingga ke hari ni. Alhamdulillah. Syukur...

29 October 2011

Investment in Gold

Assalamulaikum...

Tajuk kita pada kali ini adalah Investment in Gold...dalam bahasa Melayunya ops Malaysia pelaburan dalam emas..mesti korang sume suspect ngan aku lah pasni because....i can talk in gold investment oukeyyy hahah...ok jangan taksub dulu dengan kelebihan aku hihihi..ini hanyalah kurniaan kecil dari Allah....hahah sangat perasan oukeyyy cita pun blom start...

Let's rock with me...kenapa aku nak sangat cita pasal emas2 ni...:)) mesti korang ingat aku dealer nak promote product!!owhh tidak sama sekali...Acctually aku sekarang ni tgh wat research pasal pelaburan emas ni..haha..gempak gila wat research...mesti korang ingat aku ni Prof Madya dari memana ipt tersohor di Malaysia ni takpun penganalisi Economic...hahahh dengan humblenya aku jawab xdelah...hahaha

Aku buat research untuk diri sendiri je..sblum keinginan untuk melabur tu timbul..honestly seketul emas pun aku blom beli..cakap je lebih haha..last aku beli emas duit mas kawin masa aku dulu tahun 2008..korang kire sendiri dah bape tahun aku kawin hihihi...

Nak jadi citer sebenarnya ade la orang kenen2 aku suh melabur dalam emas ni..ahha klakarkan?? banyaknyer duit aku sampai nak beli emas ni..nak beli ikan bilis bolehlaa...ok takpe aku tak kisah aku mmg suke klo ade orang propose aku ni..satu aku leh la dapat ilmu..kedua..orang masih ingat aku berduit kuikui...i loike..jadi bermulalah aku bersengkang mata wat research pasal investment in gold ni...secara kebetulan pulak rakan opis aku dealer Public Gold kehkeh..bleh la aku tambah ilmu...

Secara peribadinya..pelaburan dalam emas ni sangat sesuai untuk jangka masa panjang..masa aku kawin dulu 2008 harga emas pergram RM103 je...sekarang..sila tgk business news yer..mesti korang terkebil2..

Incase la klo sekarang ni korang ade la lebihan duit yang mmg xde plan dalam masa terdekat nak renovate rumah ke, tukar keta ke, beli sofa baru ke nak raya haji ni, buat kitchen cabinet ke...boleh lah digunakan untuk beli emas...Emas yang aku maksudkan ni bukanla emas yang bleh beli kat Poh Kong or HabiB Jewel tu..tapi jongkong emas hahah...klo nak beli emas kat Poh Kong or Habib pun boleh..tapi adalah lebih afdal beli jongkong kate nak invest kan....

kat sini aku paste je ape itu pelaburan emas,...korang baca la sndiri aku da ngantuk ni...
Dalam sistem kewangan ketika ini, terdapat 3 jenis wang yang digunakan sentiasa kita gunakan dalam menjalani kehidupan seharian, dimana setiap satu darinya mempunyai peranan dan fungsi penggunaan yang berbeza. Hari ini, diantara faktor utama yang membuatkan kewangan peribadi kita dilanda “Bencana Kewangan” ialah disebabkan oleh pengetahuan tentang kewangan yang amat sedikit sehingga kita tidak menyedari akan kewujudan ketiga2 jenis wang ini, sekaligus membuatkan kita seringkali menyalah fungsi penggunaannya.
3 kategori tersebut ialah :
1- Wang Komoditi – Peranannya adalah sebagai Penyimpan Nilai dan ianya digunakan sebagai medium simpanan untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Cth : Emas & Perak (Fizikal).
2- Wang Fiat – Peranannya adalah sebagai Alat Pembayaran yang diterima penggunaannya untuk mendapatkan barangan keperluan dan perkhidmatan. Cth : Wang Kertas.
3- Wang Kredit - Peranannya adalah untuk membolehkan kita membuat sesuatu pembelian / pinjaman dan ianya mesti dibayar semula dalam sesuatu tempoh secara ansuran. Cth : Pinjaman / Kredit Kad.
Berdasarkan penjelasan diatas, anda telah pun memahami peranan dan fungsi setiap jenis wang, dan cuba anda periksa semula tabiat kewangan anda, adakah anda menggunakan sesuatu jenis wang itu pada tempatnya yang sebenar atau sebaliknya?
Saya yakin, pasti tidak ramai yang menggunakan Wang Komoditi (Emas & Perak) sebagai simpanan jangka pendek, sederhana dan panjang mereka, kerana mereka lebih gemar menyimpan Wang Fiat di bank dan bagi mereka ianya lebih selamat dan menguntungkan.
Namun begitu, disebabkan anda telah menggunakan Wang Fiat yang sepatutnya hanya digunakan sebagai medium pembayaran kepada medium simpanan, bermakna anda telah menggunakan wang yang salah untuk fungsi yang salah. Maka kesannya, semakin banyak Wang Fiat yang disimpan, semakin rendah kuasa beli anda atau dalam ertikata lain makin sedikit barangan dan perkhidmatan yang anda boleh dapatkan pada masa akan datang, dan situasi  inilah yang dinamakan Inflasi.
Simpan Jumlah Atau Nilai?
Hakikatnya, setiap kali anda menyimpan Wang Fiat, bermakna anda telah menyimpan Jumlah Wang dan bukannya Nilai Wang, kerana kertas yang anda simpan itu tiada nilai. Berbanding jika anda menukarkan Wang Fiat yang hendak disimpan itu kepada bentuk Wang Komoditi terlebih dahulu sesuai dengan fungsinya sebagai simpanan, maka anda telahpun menyimpan Nilai Wang anda di dalam bentuk Emas / Perak kerana kedua2 komoditi ini mempunyai nilainya sendiri.
Harus diingat, KEKAYAAN yang perlu disimpan itu adalah dalam bntuk Nilai dan bukannya Jumlah, kerana Nilai adalah sesuatu yang Abstrak, tidak boleh diperbaharui dan tidak akan lenyap menjadikan sesuatu yang bernilai itu akan sentiasa berharga (mempunyai harga). Berbanding Jumlah, ianya adalah sesuatu yang boleh dihitung, diperbaharui dan ditambah pada bila2 masa menjadikan ianya sesuatu yang tidak mempunyai harga.
Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan diantara menyimpan di dalam bentuk Jumlah dan Nilai.
Wang Kertas Dengan Jumlah Yang Banyak

Jumlahnya Menjadi Sedikit Apabila Yang Disimpan Adalah Nilainya
Wang kertas dalam gambar diatas adalah jumlah yang sama yang saya gunakan untuk ditukar kepada bentuk Wang Komoditi kerana Wang Kertas tersebut adalah untuk tujuan simpanan. Lihat, jumlah Dinar Emas yang saya perolehi menjadi sedikit apabila telah ditukarkan dari Wang Fiat kepada Wang Komoditi.
Lebih menarik lagi, Wang Komoditi bukan sahaja menyimpan nilai kekayaan saya, tetapi juga menggandakan nilai kekayaan saya melalui kenaikan semasa harga Emas di pasaran. Saya pasti, tiada siapa akan menyangka Wang Kertas sebanyak kira2 RM47,200.00 di atas tadi, apabila saya tukarkan dalam bentuk Wang Komoditi sebaagai simpanan, kini hanya kira2 10 bulan sahaja jika saya menjualkan kesemua Dinar Emas tadi untuk mendapatkan Wang Fiat, maka jumlah keseluruhan Wang Fiat yang akan saya perolehi adalah sekitar RM60,800.00 atau penambahan Jumlah Wang Fiat sebanyak RM13,600.00 bersamaan dengan kenaikan sebanyak 29%!! Bermakna purata penambahannya ialah sebanyak RM1,360.00 sebulan!!
Nah, inilah yang dikatakan kehebatan dan keistimewaan Wang Komoditi Emas & Perak kerana ianya bukan sahaja menyimpan nilai, tetapi ia juga menggandakannya, dalam ertikata lain, Wang Komoditi Emas & Perak adalah satu medium Simpanan & Pelaburan yang unggul! Berbanding jika Wang Fiat itu tersimpan sahaja, adakaah ianya akan bertambah jumlahnya dengan sendiri? dan apakah lebih banyak barangan keperluan dan perkhidmataan yang akan anda perolehi?
Pada bila2 masa saja, sekiranya saya memerlukan sejumlah Wang Fiat untuk digunakan, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar ini mengikut kepada jumlah Wang Fiat yang diperlukan sahaja, selainnya biarkan sahaja ia di dalam bentuk Emas kerana makin lama disimpan, maka semakin banyak nilai yang akan digandakan. Dan bukan sekali ini sahaja saya menukarkannya kepada bentuk Wang Komoditi sebagai simpanan, tetapi setiap kali saya ada Wang Fiat yang tidak digunakan dan ingin disimpan, maka saya akan segera menukarkannya kepada Wang Komoditi untuk disimpan sehinggalah sampai waktu saya memerluka  Wang Fiat kelak, barulah ia akan saya tukarkan semula.

dah baca...n harap korang faham la kebaikannya..nnt aku sambung citer lagi klo aku ade info...
chowww nitee u all..

kenape aku nak berblog??

Salam tu all readers..heheh ade ke reader aku..biarlah!!!!


Apsal aku nak berblog pulak??? hahha sebelum org tya baik aku tya n jawab...
ni reasonnyer oukeyy...;))
1) sbb mmg aku seorang penulis hahah..masa kat sekolah n ipt dulu aku la penulis tersohor untuk majalah sekolah??? korang percaya ke??? bagus klo tak percaya...
2) saje aku nak share knowledge aku yang tak seberapa ni dengan readers aku la hahah..berangan ade reader oukeyy..takpe kan..
3) sbb aku suke baca blog orang..tapi aku tak penah comment pun...silent reader la konon...dan aku suke ngan cara diorang menulis..
4) lagi ape yer..tu je la kot...


sekian ahlan wasahlan tu me and readers lah...