"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

06 July 2013

Kuih gula melaka

gara gara marathon puasa. hari ni teringin lak nak makan gula melaka atau onde onde ade gak panggil   buah mulung.

i pun ajak la makngah wat gula melaka. klo wat sendiri kang jd bubur melaka lak hihihi...dah jd kebiasaan time puasa je ingat kuih ni klo tak puasa tak ingat sagt hihi..sgt sinonim ngan bulan puasa.

bestnya kuih ni bila masuk je lam mulut cecair manis gula melaka dan lemak kelapa parut akan menghasilkan rasa yg sgt enak. dan mmh takleh lupa..

taknak cite pepnjang nnt uols leh cari kat bazar ramdhan mesti ade yang jual. klo nnk buat sendiri
hari i baik hati nak kongsi resepi makngah dgan uols.jom check it down.


Bahan A
200 gm tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
Air
Garam
Pewarna hijau atau pandan

Bahan B (inti)
Gula melaka dipotong dadu

Bahan C
Kelapa parut
Garam

Cara buat
Uli tepung pulut dan tepung beras dengan air bersama air garam dan pewarna atau pandan sehingga jd doh. Dah jadi doh bentukkan bulat letakkan gula melaka ditengah2 bulatan kuih. Bulatkan tepung sampai gula melaka tertutup sepenuhnya.

Panaskan air dalam periuk, masukkan gula melaka td dalam periuk berisi air panas dan rebus. Bila gula melaka dah timbul  maksudnya dah masak la tu. Angkat letak dalam air sejuk pula..haha byk kan step.don't stop never give up. Gula melaka tu dah sejuk boleh lah digaulkan bersama kelapa parut..hahh gitewww siap dah.


siap hidang dan makan
yeayyy dah siap!!
beginilah hasilnya
dadukan gula melaka
makan..

05 July 2013

Giveaway Ramadhan by JiwarOsak


Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh
AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | MahaMahu | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz

04 July 2013

Makan-Makan Sebelum Puasa Katanya :)

Hari ni Breakfast Pot Luck lagi di opis. Heaven!! Buat majlis makan2 sebelum puasa katanya..Amboi sngatkan!!

Bila diimbau kenangan Ramadhan masa kecik mmg best. Duduk di kampung tak sama macam kat KL. Tukar-tukar juadah, malam g solat tarawikh. time kecik i selalu ikut Arwah Tok g tarawikh kat masjid. Seronok, budakkan dapat jumpa kawan mmg seronok sgt la kan. Pastu ade lak Moreh pas tarawikh tu. Biasa dah rakaat akhir-akhir geng-geng i dah tinjau2 ape menu moreh hahaha..'laksa la malam ni ' Bihun goreng lah malam ni'. tu la dialog kitorang. 

Hahah panjang lak imbauan i kan. Nak cita pasal pot luck sebenarnya, menu potluck rakan opis i biasa la macam2 ade nasi goreng, paru sambal, kari daging, bread puding, ikan goreng, udang kunyit rajin terangkat i buat kari ayam today. Pastu Makgah (mak i la tue) bangun pagi buat roti jala surprise sangat hihi..tq mak.:)
roti jala
kari ayam untuk cicah roti jala

 
rendang paru
kuahnya spegethi
Nasi goreng cina Jinjang katanya

spegethi from Nana




























02 July 2013

Wahab Cendol, Setapak

Mungkin ade yang dah penah dengar kot Wahab Cendol ni..sbb kedai ni mmg femes dah..tak perlu nak knal2 lelebih dah.
sedap makan cendol sebelah pokok kelapa..


Semalam i ngan Kakak Yan pegi jumpe tailor kat gombak, balik singgah basahkan tekak dan buncitkan perut di Wahab Cendol. 
sonok la dapat kuar ngan kakak yan

Cendol kat sini very the variety hahah, ade cendol pulut, tapai, jagung, and macam2 lg..klo dah ade cendol kena la ada pasemboq atau rojak, macam2 lagi ade kat sini, mee rebus, mee goreng, nasi ayam dll.

menu leh baca disini laju laju
kat Cendol Wahab ni self serbis yer, jangan pegi duduk kat meja nak nunggu orang datang amik order. Nando. Korang kena pegi kat depan, baca menu die yang banyak tu..pastu order, bayar n dapat resit..kat resit tu ade no. giliran. tunggu sehingga giliran anda dipanggil Opss tak panggil k, die canggih sikit ade screen LED kat situ..tunggu sehingga screen LED tu memaparkan no giliran anda. Pastu korang kena g amik sendiri makanan korang di kaunter dan makan. Senangkan!! 
tadda Rojak Biasa RM 4


Kepada penggemar cendol jom i citer sikit pasal asal kejadian cendol nih,  Nama asal cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. sbbnya dedulu nak buat cendol ni perlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.

Chorn Dooi Pulut RM 2.80 dan Mee Rebus RM 4
Menurut penyunting journal makanan Cina, Flavor and Fortune, Jacqueline M. Newman, hidangan cendol memiliki cita rasa Malaysia, mengaitkan kaitan antara jeli dan kacang dalam air batu campur dengan bahan halo-halo ("campur-campur") di Filipina. 

Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh 90 tahun.  Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.

Sekian, bye..muahhh!!




28 June 2013

Hubby Ke Pakistan......Lagi

Last Wednesday, hubby sekali lagi ke Pakistan. Aduhh ingat tak yah outstation ke Pakistan lg..Rupenya masih berbaki kerja2 menyiapkan Keduataan Malaysia di Islamabad Pakistan. Dah 3 tahun hubby i ulang alik ke Pakistan.
Ni la Bandaraya Islamabad. Islamabad Is Beautiful



Bye Abang..Gonna Miss U
Tak best la bila Hubby kena g outstation nih..yang first tak best i kena g keje sendiri..eee malasnya la nak drive..klo tak i dok je sandar kat sebelah sambil dengar HotFM sedar2 dah sampai opis..hihihi... Bosan rase hari2 yang dilalui..Opss kelaut lak ok dah sudah kang muntah lak uols bacakan...

ok now nak cite sikit pasal Islamabad, Pakistan. Acctually Pakistan 4 season k, masa musim sejuk last year hubby i sempat la merasa bermain snow di Saif ul Muluk..best la i dengar citer je..bila ntah nak bawak i g sana hihihi...

Kat Paskistan ni makanan die Pakistani Cuisine la..mmg tak kena la ngan selera hubby i hihi..hubby i mmg kureng sikit Nasi Biryani, Plau, Keema, Masala sume ni..i je yang suke..tapi klo hadap setiap hari mau pengsan gak kot..takpun jadi tembun ..Klo dengar hubby i merungut pasal makanan mmg dah biasala..sbb hubby i mmg tak ngam ngan makanan cenggini..Hahha dah berjauhan baru u rindu ngan masakan I kan hihihi..

Pakistan ni adalah negara pengeluar, product leather dan fabric, klo leather kat sana mmg murah n cantik sangat..korang nak design camna..sebijik die tiru..nak design coach, prada sume boleh asal ade contoh jer..Custom made mmg mahir lah diorang klo nak design leather ni.

Fabric mmg terbaik lah.. material die cantik sangat datang siap bersulam lg.. Biasanya datang 3 piece untuk buat baju, kain and ada sekali shawl. Tinggal pakai je.. ni yang i pakai ni from Pakistan la..sulam tu mmg dah tersedia..now kan musim sulam2 lak kan..

Cantik tak model hahah

Sempat je Pose
Acctually Pakistan ni sebuah negara yang best,  negara die pun tak banyak sangat cela dengan tangan ganas manusia..masih kekal keindahan alamnya..masih virgin orang kata,,sumenyer i dengar cite dari hubby je..tak penah sampai lg..Mungkin ramai yang tak jdikan Pakistan ni destinasi percutian disebabkan political issue tu pasal pakistan ni kuarang femes lam peta donia.. Jom kite ke Pakistan nak?? huhuhu bye Muahhh!!!


27 June 2013

Wadihana Islamic Steakhouse

Aisyah tekun memotong Angry Chicken
RM 6.90


I klo puasa tak leh tgk gambar food..klo gagah tgk gak mesti kejal depan PC. Tp rakan sesiku I Kakak Yan ni suke sgt dok gugel gambar makanan time i pose. Sudahnya I terpaksa la wasep hubby ajak teman i berbuka di wadihana islamic steakhouse. Sib baik hubby i nak..

Wadihana steakhouse ni dah ada 3 cawangan tau 2 dijajahan Bangi, 1 di Setapak..yang I pegi dekat setapak. Senang je nak cari dekat Kampung Pengantin..

Menariknya restoran ni walaupun die serve western food restorannya sgt islamic k, time makan korang diiringi lagu2 nasyid yang sangat tenang..;) bestkan..time korang nak masuk waitress die akan greet dgn Assalamualaikum. Mmg bukan Welcome Sir ok.. Nak balik die cakap Syukran Jazilan Ya Ustaz hahha ni i tiffu je.. Kategory serbis sangat tip top k. Kedai bersih, kemas..decoration modern n sgt menarik lah..very the cosy place..

Dah cite dah..jom tgk gambar pulak.
Braised BBQ Beef Ribs Hubby punya
RM31.90
and  Air tu namanya Shirley Lemonade RM 7.90
Presentable sangat kan menu die
Lamb Shoulder i lah yang punya
RM 19.90
Ceaser Salad terbaik!!
RM 12.90

Sekian, segmen jjcm kali ini. Bye!!

23 June 2013

Restoran Upin & Ipin

Smalam, kuar cari makan..siang makan kenduri malam malas masak jdinya haruslah carik makan di kedai..mulanya nak makan nasi ayam kat taman Cheras Indah..nasi ayam die sedap ikut tekak I lah. Tapi tutup..argg sedih.:'(

Jdnya terus hilang arah tatau nak makan mana..terus ke Kg Baru..lahai xde lak kedai yg berkenan..terus ke Melawati plannya nak makan satay..Park depan kedai Upin & Ipin..

Leh lg i ngan hubby wat perbandingan klo makan kat sini Double A i mesti tenang sikit diorg leh layan Upin Ipin..klo makan satay ade gak lidi satay tercucuk idung klo bawak diorang ni.. Kesudahannya makan kat Upin Ipin. Len kali lah makan satay...o_O

Makanan kat sini pun ok..simple2 mknn die tapi sedap!!..ade nasi ayam, nasi goreng, mee rebus n lain.. Kids meal roti, fries and sausage.Kedai bersih, servis pun cepat, Waitress n Waiter peramah n yg penting baby friendly lah. I like!! :-D

menu Hubby

Menu Aisyah share ngan Adam Nasi Ayam Black Pepper

Klo parent yg bawak anak sesuai sangat la dtg sini sbb anak2 uols mesti leka tgk deco upin ipin kat wall kedai plus die pasang jer cite upin ipin kat screen tv..

Kusyuk tengok Upin & Ipin


Kesimpulannya..klo rase nak makan luar tp pikirkan anak2 akan wat hal pilih lah kedai ni..first time i kuar kedai, tgk bawah meja xde sudu ngan garpu. klo tak nak bangun pun segan..bersepah nasi bawah meja plus sudu garpu, straw sume ade..hasil diorg bersilat..
Pasni kite makan sini jelah!! Takyah pening2 lagi mau makan mana..kannn
K bye..muahh♥♥

Togok Air Upin & Ipin



Cute!!