"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

23 September 2013

Alor Star, Kedah

Hari Malaysia yang lepas i sekeluarga ke Alor Star, Kedah hihii ke Alor Star lah konon padahal tempat tumpah darah i di Sungai Petani je..takde la ke sangat..lebih manis tulis balik kg kan??

Tujuannya untuk meraikan Wedding anak buah pada 16 September tu. Acctually klo balik kampung jarang kitorang ke Alor Setar biasanya akan ke Penang carik nasi kandaq.. Jadinya hubby i ajak terus ke Alor Star untuk menikmati cuti di Alor Star katanya :).

On the way tu kitorang singgah kampung hubby di Perak as usual. Sempat la singgah di Mee Rebus Ramli. Mee rebus ramli ni sangat sedap dan price sgt reasonable. Worth it!! Klo uols nak cube ni alamatnya okay klo tak silap harga RM4.50 je..haha hubby bayar so tak bape nak sure.


Restoran Mee Rebus Ramli
No. 767 , Taman Tasik Jaya,
Jalan Kuala Kangsar,
31400 Ipoh, Perak.
Makanan lain pun ade jual gak kat sini, Nasi Ayam pun ade.  
ni la mee rebus ramli
Singgah kejab umah MIL then kitorang pun gerak ke Utara! Kitorang  decide untuk stay kat hotel di Alor Star je malam tu.. calling2 sume dah fully booked yang tinggal hanya Sentosa Regency Hotel.. ok jugakla hotel ni. Cuma furniture die old sikit la kot. Kitorang pilih connecting room. So bilik yang connect ngan bilik mak. Sbb Double ni malam2 diorang suke nak tukar tempat tdo.
Sentosa Regency Hotel
Malam tu activity kitorang g makan Ikan Bakar di Kuala Kedah. Restoran ikan bakar area sini mmg banyak. Rambang mata gak la nak pilih nak makan kat mana. Akhirnya kitorang pilih Restoran Nelayan Medan Ikan Bakar. Tpi pilihan seafood die tak bnyak sangat pulak. Ikan ade 3 jenis je jenahak, gerut n siakap. pastu ade udang, ketam n sotong tu jer.. Mungkin sbb dah lewat malam kot ikan sume dah sold out. Jadi kitorang makan la jugak disitu.

tu dia Restoran Ikan Bakar

Sotong Goreng Tepung die sedap
Tom Yam udang pun gempak gak!!

Makanan kat sini mmg sedap..sotong goreng tepung memg terasa kesegarannya. Ikan pun fresh lagi, Tom Yam sedap..sume ok.

Esok paginya lepas bekpes kitorang bersiap2 untuk ke wedding anak buah I. Wedding ni buat dekat WNS homestay. 

ade org nyorak kat blakang

US! Mak captured gambar kami
Hubby jadi MC tak sempat nak amik video. Tidak leh letak kat Keek


dah ready nak g kenduri dah
jom jom
Bersama Pengantin
Petang kol 4:30 petang kitorang berangkat pulang. Singgah SP mandi jab n zass pulang..Sampai kol 4:00 a.m baru sampai KL jalan jammed. Cuti hari Malaysia, ramai lak balik kg and bercuti barangkali.

Sekian saja entry kali ni..thanks ya baca..luv uols Muahh..Byee



13 September 2013

Adam 18 month old

'Your 18-month-old is becoming a proficient walker. He may motor up stairs with help and likes to climb all over your furniture. He'll try to kick a ball, though he won't always be successful. He probably likes to dance if you play music, and will push and turn buttons and knobs if they're in reach'. 
Kat atas ni adalah 18 month old's development sources dari baby center.. i mmg akan tgk baby development for both my kids Aisyah n Adam. 

Dan adam selaku baby berumur 18 tahun mmg dah buat dah semua diatas, berjalan dah macam lari letih dah I nak ngejar die, Dah boleh naik tangga sengsorng  dah..turun tangga pun dah boleh tapi i ngeri la tgk cara die turun tangga cam orang besar sgat dah. Kick the ball pun dah mengena jugak la bola tuh. klo dengar misuc especilly now lagu Galau mmg laju je die goyang badan..hihihi :)
Sabtu lepas adam dah celebrate 18 month old die dengan cucukan di montot hahha..jom tgk picca dadam kena cucuk :(

Manisnya senyuman mu Adam

dapat gula..tak tau lagi nak kena cucuk jab lagi
Ayah memberi sokongan kepada Adam lepas dicucuk

11 September 2013

Masih nak raya!!

hahah..i xde bahan nak wat story..so silalah muntah darah dengan entry raya lgi hahha..Syawal dah abis entry raya tak abis2..pengsan..

Kali ni Raya cum Reunion..i dan teman2 ex arls.. Reunion department jelah masing2 masih setia di syarikat yang sama..nama syarikat dirahsiakan..padahal sume dah tau mana tempat i kais rezki...hahah

ok jom la tgk picca sampai pitam..klo tak cukup pitam tunggu lagi..ade lg satu entry raya pending hahah tatau bila mau kluar... Jom layan
with frens
makanannya

the cake yummy

berseri muka makan kuih ni

yang direunionkan

alo alo

depan makanan
ok..bye..

03 September 2013

Raya di Office, Wisma AmanahRaya

Syawal dah makin hampir ke penghujung, acara makan2 lemang, ketupat, rendang pun bakal berakhir, huhuhu:)
bersama teman sekepala..dah lama bersama masih sehati sejiwang!!

keep up to date hahah board blakang boss selalu ushar!!

the banner/bunting

Roslan Shah..Best sgt terhibur

Roslan Shah, Nana, Syed Ali best n sporting

with bos department

Gadis!!

Nak citer pasal raya di opis, tak tau nak rojakkan dalam 1 entry or nak seperated hahaha..entry dah tulis tp tak decide lagi nak rojak or tak??

Klo tiba time raya opis i mmg akan sambut, previous years kitorang sambut di hotel, tapi this year sambut di Dewan opis sendiri. kemeriahannya sama, sume sporting naik pentas tunjuk bakat, i tak la..mmg tak pandai pun nyanyi apatah lagi nak wat sketsa...so jd tetamu vip je la..makan,makan,makandan makan!!!

Takde bende nak story xde.  cuma nak gitau sesungguhnya picca2 diatas sangat ekslusif untuk blog lucd007 je..tiada ulang tayang di facebook, instagram, wechat dan sebagainya..hanya di blog i..hahha statement perasan tak hengat..

k bye..Muah..


22 August 2013

Hari Raya Ke-4- Nasi Kandar Jamal, Butterworth

Teruja tak ngan tajuk tu?? hahha tak la sangatkan?? Klo balik kg activity wajib inilah pekena nasi kandaq. kali ni jom ke Jamal Nasi Kandaq pulak. Last year kitorang pegi sini belah malam, kena beratuq panjang ok, setara nasi kandaq beratoq kapitan keling, Tapi this year nak try belah siang pulak nak tgk acaner!!

Mengikut kata mamak yang jual siang dan malam adalah Nasi Kandaq Jamal yang sama hahah..tapi yang muskilnya kenapa yang malam orang sanggup beratoq panjang yang siang orang wat derk je?? mungkin nasi kandaq hanya dimakan waktu malam kot #PositiveMalaysia. tak timbul sangsi sikit dihati..mungkin sama tapi tak serupa kot.

Last year makan sebelah malam, sebelah malam die jual atas keta tolak bawah pokok (keta kandaq nasi tu mmg datang dari Nasi Kandaq Jamal ni la juga) dia akan parking bawah pokok dan open table di kaki lima kedai. Mula beroperasi tepan jam 10 malam. Tapi org dah beratoq dari pukul 9.30 malam. Masing2 menyaksikan nasi kandaq tu kluar dari Restoran Nasi Kandaq Jamal penuh sabar. 

Berbalik cerita tahun ini kitorang makan dalam kedai la sebab dah datang siang, Alamat kedai klo uol nak g:- Sebelah malam pun die jual di bawah pokok jalan telekom.
Nasi Kandar Jamal
Jalan Telokom 10200 
Butterworth
Pulau Pinang

Hari tu kitorang makan berenam, 4 dewasa 2 kanak2 ongkosnya hanya RM39.00. 
Nasi Ala-carte pinggan i ade nasi, telor sotong, telor rebus, pinggan hubby makan telor rebus, ayam goreng, telor sotong, pinggan mak ngah makan telor sotong ngan bendi, telor rebus, Double A Nasi putih & telor rebus, maklong makan pasemboq. pastu ade kari kepala ikan lain pinggan. Rasanya worth it kot dengan kesedapannya. Air biasalah teh ais, teh tarik ntah lupe dah minum ape hari tu..kuikui.

Jomlah tgk gambarnya pulak terliur minta maaf. bagi yang dok penang boleh la pi cari yang dok di luar penang Ampunnnn di pinta!!


Setiap pinggan lebih kurang same


Kari Kepala Ikan, sedap!!
dah tinggal banyak  ni baru nak amik gamba hahha

21 August 2013

Meriahnya Raya

Salam Lebaran, masih mood raya, banyaknya rumah lum g beraya ni, Ahad lepas kengkawan hubby & i datang beraya di rumah. Acctually makan2 ni saje je buat untuk kengkawan yang bagi  hint nak datang rumah. Hahha siap hint2 lagi. So i buat untuk diorang la. Thanks pada yang sudi datang. Appreciate it!!

For me, bulan syawal ni boleh je pegi ziarah even orang tu tak buat open house. Betul tak? ke ade yang tak setuju. Hihi :)

I masak kuah lodeh & nasi impit je, ayam bakar resepi hubby makan with broccoli stim with sos meletops nyum nyum, mak ngah sponsor ketupat palas, kakak yan sponsor rendang ayam. hahah buruk perangai siap suruh tetamu masak. hahah tapi kakak yan dah macam ahli keluarga. Datang jadi guess hanya utk 5 minit pertama pastu sila jadi tuan rumah hahah... korang jgn follow perangai i tau, Teruk.

Makan2 ni sgt simple indie katakan, tak boleh kira open house hihihi.. seronok klo menjamu kawan2 makan dirumah. Apatah lagi ade yang puji sedap..hahah..pandainye masak!! hahha mula nak cakap eh ni first time buat ni. Konon nak minta orang tu cakap la..pandainya kau first time buat pun dah macam chef masak gitue...hahah...

Tak best entry klo takde gambar, jom layan gambar. tapi tak banyak..biasala dah jd tukang masak malu nak bergambar..muka cam bibik je kuikui..so ni je ade.. Gambar makanan yang i masak first time n menjadi tu pun tak sempat snap..haishh stress!! gambar ayam bakar hubby's signature pun nando. punya la bz!!


barisan isteri-isteri kepada suami2

my old frens, mase uitm segamat & shah alam

Kakak Yan & Aisyah
haha shomort nya dadam
gambar ni nampak i gmok tak suke
Gambar ni paling i suke
My SIL with family


16 August 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Tetiap hari i mesti singgah blog farah,  tetiba hari ni nampak farah ade wat segmen..tak leh buang mase last segmen farah buat dah terlepas..so kali ni i kena join..jom uols join jugak..leh rapatkan ukhwah dengan blogger2 lain diluar sana...

sape nak join leh follow jer step ni,,simple like ABC...


Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!