"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

30 April 2013

Dataran Masjid Putra,Putrajaya

Sepetang Di Dataran Masjid Putra, Putrajaya

Sabtu lepas, kitorang beriadah di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. Mmg dah lama plan nak bawak Aisyah dan Adam, main kat sini, tapi masa tak mengizinkan. Sabtu lepas i menggunakan kuasa veto yang sedia ade ajak gak Hubby bawak bebudak g main moto di Dataran.

Bukan ape kesian dah beli moto lame tapi tak main2..klo main pun 5 minit kat potch rumah..tak puas..sempit. Pegi kat Dataran Masjid Putra tu dia..besar Dataran tu nak menari poco poco pun boleh.

Sebelum melalut jejauh jom la kite tambah ilmu sikit tentang sejarah Masjid Putra, Putrajaya ni. JOM check it down!!

Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan Masjid ni merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Masjid ni terletak bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999.Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

gaya Penunggang Dan Pembonceng Motor

Macam -macam ada



Dataran ni pun nampaknya dah banyak perubahan compared to kitorang datang  last year, setahun dah mmg la banyak perubahan kan!! Now ade penjual yang jual mainan, ice cream, booth sewa kete control pun dah ade. so padae yang tak bawak kete, basikal, or moto bleh je sewa disini. Pastu yang buat i teruja ade Giant Bubbles, Putrajaya. Equipment nak buat bubbles ni FREE kena beli air sabun jer RM1 semangkuk. Suke suke!!! Tgk banyak bubble. Nampak cantik je dengan bubbles di udara..hihihi

cara-cara buat Giant Bubble, celup, angkat, bubbles pun jadi
Lai lai, mari belajar camna nak buat Giant Bubble ni..senang je mula2 pegi booth Giant Bubbles, Putrajaya pilih equipment, bayar singgit dapat semangkuk air sabun. Pilih lokasi yang anda suka untuk buat Giant Bubbles. Mula kan dengan celup equipment dalam mangkuk air sabun. Angkat cam aisyah buat tu. pastu giant bubble akan keluar. Senangkan!!
Ni la Masjid Putra, Putrajaya


Objective tercapai dapat happykan Aisyah n Adam. Paling teruja Adam first time dapat ride kat Dataran Masjid Putra, Putraja Jom kita pulang nak. Tq ayah nnt bawak kami lagi. Byeee. Muahh!!!

2 comments:

  1. hi just joint your blog :) jom join blog i jugak :)

    ReplyDelete