"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

31 July 2013

Segmen Upkan Follower By Hana



http://justforfund.blogspot.com/2013/02/segmen-upkan-follower-by-hana.html
Jom ramai2 join


Assalamulaikum, 

Hahaha baca tajuk dulu yer...ni bukan entry sesaje nak tulis yer...tapi entry yang mempunyai maksud untuk merapatkan ukhwah yang ditulis secara tersurat.

Motif, tujuan, agenda tak tersembunyi lagi nak upkan follower. Jom lah merapatkan silaturrahim sesama kita, di ramadhan yang mulia ini

Follower now 23 orang jer..hihihi

dah kenal ngan i maksudnya  follow i lah..jom lah follow kengkawan i sekali yer..jom jom
http://sekuntumbungazara.blogspot.com ( tq invite i muahh luv u)

ade lagi tapi update kendian leh tak?? sbb rushing ni nak balik berbuka dah...

Sekian, bye..:) Muahh

30 July 2013

Udang Telor Masin



Udang Telor Masin ala Shahri Low haha tak agak2 letak nama

Salam Ramadhan,

Ramadhan hampir meninggalkan kita, sedih rasenya :( tahun depan pulak InsyaAllah panjang umur boleh sesama menghayati ramadhan lagi. jadi jangan lepaskan 10 terakhir Ramadhan gandakan amal ibadah. solat sunat, beriktikaf, qiyamullail membaca al-quran dan sebagainya. 

10 Ramadhan terakhir ni elakkan keluar rumah, banyakkan berada didalam rumah beribadah. So kena masak dirumah,  I nak kasi uols resepi untuk berbuka simple je tak perlu banyak masa nak buat tapi sangat sedap. Ni mmg faveret i klo makan kat Shahrin Low. mmg sedap!

Jom tgk resepi


Bahan A
Udang 10-15 ekor (buang ekor)
2 biji telor (ambil putih je)
tepung jagung, lada sulah garam @ tepung goreng Kentucky tu je
Minyak masak

Bahan B
2 biji telur masin
1 sudu Minyak masak
2 sudu butter/margerin
3 pelepah daun kari
5 biji cili padi (di potong)
garam 
gula
kiub ayam

Dan Caranya!!







Bersihkan udang, buang kulit separuh, celup didalam putih telur, dan tepung kentucky, goreng. Asingkan udang yang telah digoreng tadi.

Didalam periuk lain rebus telur masin hingga masak. Amik telur kuningnya dan hancurkan.
didalam kuali yang lain masukkan satu sudu minyak lebihan goreng udang tadi bersama 2 sudu butter dalam kuali. Tumis daun kari dan cili padi, kacau!! masukkan kuning telur masin yang dihancur tadi kacau lagi, masuk kiub ayam, garam, gula, kacau lagi, masukkan udang yang telah digoreng tadi kacau sehingga kering. Pastu hidang. sangat sedap.

Sangat sedap. cubalah 15 minit je buat.

Bye selamat mencuba. Chow!!

Siap Sudah!!



25 July 2013

Hukum Memberi Duit Raya

Assalamualaikum, Alhamdulillah dah 16 hari di bulan Ramadhan yang mulia. Hari ni kat opis i ni ade project tukar duit raya dengan bank sebelah. Amboi untung anak2 buah i yang bakal dapat duit raya tu kan...hahah tunggu yer Maksu Paksu/ Mak ndak  Pak Ndak balik kampung. klo sebelah i maksu, sebelah hubby, i jadi makndak pulak..gitteww...

Kadang2 kiter buat bila tgk orang lain buat bende tu. tak pikir pun sebenarnya bende tu wajib ke, sunat ke, harus ke dalam Islam kan. Betul tak??

jadi i pun google la info just nak share ngan korang ape hukum memberi duit raya, correct me if i'm wrong. i bukan pandai sangat pun kuikui.

Hukum memberi duit raya adalah HARUS.  Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Berilah hadiah, maka kamu akan saling sayang menyayanginya antara satu sama lain.” 

 Hukum yang harus tadi akan berubah menjadi HARAM sekiranya memberi duit raya dengan niat nak riak. Nauzubillah. Bagi lah seringgit pun klo itu yang termampu. jangan nak kasi lebih semata nak riak uols bagi banyak. Indahkan Islam, beri ikut kemampuan. Takperlu lah berhutang semata nak kasi duit raya sbb malu nnt uols jer tak hulur duit raya pada anak2 buah. 

Harus diingat Hari Raya bukanlah hari untuk bersuka ria semata-semata, sebaliknya ia adalah perayaan keagamaan. Maka cara menyambutnya perlulah mengikut adab dan peraturan agar kita akan mendapat ganjaran dariNya.  

Sekian bye. Muahh!~~



19 July 2013

Bazar Aidilfitri Jalan TAR


nendia jalan TAR, suasana hari jumaat ya

Seploh hari dah berpuasa, uols dah merasa belum air katira, onde-onde aka buah melaka, kuih akok,roti john, ayam golek, gulai kawah, kambing bakar, bubur lambuk, kebab kambing (yang cucuk kat lidi pastu ade letak capsicum ngan karet tuh,) murtabak pak din hahahh ni klakar sume pasar ramadhan claim die pak din..asal ramadhan je ramai tukar nama jadi Pak Din. Saje je remind kat uols  makanan tradisi yang dijual secara berleluasa apabila ramadhan tiba takut uols terlepas pandang..kang tak merasa lak. Dah habis ramadhan mmg tak jumpe la air katira kan??

Hakikatnya i nak cita pasal Bazar Aidilfitri di jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) mmg femes tak yah perkenal lagi dah seantara dunia tau pasal kehebatan Bazar Aidil Fitri Jalan TAR ni.15 hb Ramadhan ni boleh la tgk berpusu rakyat dari Selangor, Ipoh, Seremban, akan menyerbu jalan TAR. Maka berpeluh lah jugak hari tu i nak balik keje hadap jem.

Kenapa 15hb? ni hari cuti Nuzul Al-Quran penduduk luar KL bercuti, pulak tu dah gaji, masing2 akan soping raya, destinasi pilihan hah ni la jalan TAR nih.

Now i dengan mulia hati nak kasi tips untuk korang yang nak soping pada hari tersebut :-

Guna kenderaan awam
Klo mampulah gunalah kenderaan awam, sbb kawasan ni mmg xde parking sangat, limited. klo berani parking dibahu-bahu jalan. silakan. anda pasti akan pulang dengan surat cinta dari DBKL.

Jangan bawak anak kecil
Elakkanlah, sini panas, crowded sangat, takut pengsan lak. klo anak tak pengsan pasti maknya pengsan. Nak pilih baju, nak kejar anak, dengan berlaga-laga bontot ngan pengunjung lain mau tak pengsan. Siap2 amik size anak pastu datang sini belikan je.

dari baby umor sehari pun ade baju Melayu

No stroller allowed
Klo dah anak pun harus dielakkan, Stroller mmg dilarang sama sekali la. Selain ganggu jalan orang lain, ia juga akan memberi tekanan sewajarnya kepada anda hahah.

Hati-hati ngan pick pocket
ini penting kang dah cucuk duit riban, pastu letak lam paper bag, mmg jam nak bayar duit dah xde. 

Parking
Incase tak daya nak nak menggunakan kenderaan awam or terpaksa bawak kereta, tempat parking paling selamat sogo, sebelah semua house and roof top. jalan la kaki sikit je sampai bazar . jangan la masuk nak cari area2 bazar mmg leh jem 4 jam situ je.

Datang awal pagi
Bertolaklah diawal pagi. pas sahur mungkin. 

Ade reporter
Jangan terkejut la klo tetiba ade orang bawak camera besar, tanya "ape perasaan puan bersoping disini?" eh camtu ke soklan die?  ntah la.. i jalan je lelaju klo nampak die dah start pasang kemera ngan hala2 mic ni..kang glamor lak ahkak.. klo ade rezki korang nak masuk tv korang jawab je la ngan tenang, make sure cover cun. untung-untung dapat masuk tv al-hijrah malam tu. hhaha 

i tau semua akan pilih Bazar Aidilfitri Jalan TAR ni sebab complete semua ada, baju melayu dari baby umor sehari sampai la warga emas, baju kurung pun same, telekong, sejadah,jubah, fashion mmg terkini, harga murah, cadar, sarung kushion, table cloth, kuih muih, kekacang, dodol, kasut baby, kasut mak baby, sandle, kain pelikat, kain batik. kain pasang pun ade!! 
peplum kanak-kanak 2-6 years price RM65
baju raya & sampin raya



psst ape colour tema uols tahun ni??
Sebab tu leh attract ramai pengunjung, one stop centre for hari raya, kira datang soping 15hb ni 16hb dah leh raya lah..hahah jgan cari pasal. puasa sebulan k. Beli 15hb balik tenung je baju-baju tu 1 Syawal kang pakailah..hihii.
sampin jangan dilupa


Harga die mmg murahlah, klo compare ngan tempat lain jangan malu segan nak tawar menawar, gerenti dapat. acah acah sikit cam takmo beli mesti nnt die panggil balik hahaha..skill kena ada klo nak tawar-menawar ni..jgn la tawar bila baju dah masuk beg. mmg tak pat lah.
Anak2 pun kena bergaya juga di Aidilfitri


Jom layan picca i untuk uols klo tak cukup leh tgk  Bazar Jalan TAR tahun lepas .
paling kecik size 18

Blue & Pink sangat akrab now
Buah Tangan untuk ayah bonda di kampung barangkali

sekian, chow!!

Don't shop till drop. Happy shopping gals !! 

Assalamualaikum..

16 July 2013

Komplikasi yang Bakal Berlaku Ketika Berpuasa


Alhamdulillah, dah 7 hari berpuasa. Yayy!! lagi 22 hari raya lah..seronok kemain klo nak raya kan?? perasan tak bulan puasa ni ramai lak yang tak sihatkan? klo g klinik pun ramai jer..lahaiiii cian tgk lemah jer..

Korang penah tak tetiba rase pening n loya je pepagi pas sahur, tak pun perut pedih jer..nak tau kenapa jom check it down!!

1.Heartburn (acid indigestion)
Heartburn sakit dibahagian perut (burning) disebabkan asid yang berlebihan. Ni la dipanggil gastrik. Normal kite dengar puasa leh kurang asid dalam perut. Tapi klo dah asik pikir pasal makan je seharian, tak cukup fikir, google lagi gambar makanan jadinya otak akan bagi signal kepada perut untuk hasilkan asid. Nampak tak how it work?? So hentikan pikir pasal makan, bau makanan..hihihi


Aduh pening kepala ku!!


2.Pening Kepala (Headache)
Pening atau sakit kepala mungkin sebab dehydrasi (kurang air) , lapar, rehat tak cukup atau ketagihan hahah..takut je bunyi. klo uols penggemar coffee sehari tak dapat mmg pening. ni jatuh dalam kategori pening ketagih ketagihan kafein dan nikotin. perokok mmg pening lah..tu yang ade berbuka ngan rokok tu..hahah..cian!! makanan semeja rokok yang di amik dulu.
jangan begini
3.Dehydrasi
Ni biasa la..so kena pandai2 untuk habiskan 2 liter air kosong dari tempoh berbuka hingga sahur. Mampu??. Minum air kosong banyak ketika sahur, sbb nnt badan badan uols akan kehilangan air secara berterusan melalui pernafasan, peluh dan urine. Boleh juga uosl amik (ORS) Oral Rehydration Salt klo perlu untuk pulihkan kandungan air dan garam dalam badan.
ayakkk!!
4. sembelit, stress dan obesity
Sembelit..ni biasa kekadang seminggu baru poo poo. makan lah banyak serat dan sayur -sayuran bebanyak yer. 


jadi amalkan pemakanan sihat untuk elak segala komplikasi- komplikasi ini. Sekian. Chow!!


sumber gambar: ehsan google tq!!

12 July 2013

Jenis Makanan Yang sesuai ketika Ramadhan


Bersiaran kembali dihari ke-3 ramadhan :) Klo dah tengah hari tu mesti  ligat kepala dok pikir nak berbuka ape kan? Betol tak?? jangan nipu kate tak!! Perasan tak, since puasa ni uols dah lupa yang korang diet?  Buat ape nak diet lagi kan dah puasa!  Berbuka kang makan jer ape nak? Anda salah!! hahah kemain lg i kan nak salah2 kan uols..

Percaya atau tak klo i katekan berpuasa pada bulan Ramadhan ni mampu meningkatkan kesihatan? Percayakan! bagus anak anak! Tetapi ia juga berkemungkinan untuk menjadi lebih teruk. Faktor penentunya bukan pada puasa tapi pada kekdah korang berbuka dan bersahur. Perut korang relaks je sepanjang hari tak perlu bekerja..tetiba time maghrib je zasss macam2 masuk..murtabak, ayam percik, sotong bakar, bertubi2 masuk amik turn minta di hadam..Colon pun angkat tangan surrender kot!

untuk mendapatkan manfaat kesihatan di bulan ramadhan ni tolong lah bekerjasama dengan perut.  Jangan lah berbuka macam nak balas dendam gayanya. Makan je macam biasa, ikut kumpulan makanan (karbohydrat, lemak, protin, dan lain-lain) dan menepati kuantiti yang diperlukan.

posa tak posa ikut ni gak hahah

Jadinya tak susah pun untuk korang pilih menu. Kang ade lak kate dah la puasa sepanjang hari berbuka pun kena diet lagi..hahah takmo2. tak perlu la puasa siang malam yang penting pastikan dalam juadah berbuka anda perlu ade:-

1) Karbohydrat Kompleks - membekalkan tenaga untuk jangka panjang cth nya barli, gandum, oat, beras. hah sape kate tak leh makan nasi boleh uols..makanlah.

2) Makanan yang kaya dengan serat- ni untuk menyenangkan proses penghadaman..kang malam raya baru poo poo acaner?? banyak terdapat pada bijirin, gandum, ubi kentang, sayur sayuran ijau, dan buah-buahan. 

3) Please makanlah kurma, walaupun masih ade yang tak suke ngan kurma. sebab kurma boleh memberi tenaga yang banyak dan kesegaran kepada kita.

make sure ade kat rumah uols sentiasa  bukan bukan ramadhan je

Yang perlu dielakkan tapi mmg sukar hahha i tau..sbb i pun same..

1)  Makanan yang bergoreng (Deep Fried Foods)- Katakan tidak pada ayam goreng, kentang goreng.
huhu tengok jer..

2) Makanan yang punya gula banyak seperti air yang terlalu manis..klo beli cendol kan bazar tu gitau eh gula lebih yer gula kurang yer. manisan macam laddu, or klo manisan tradisioal arab.

3) Minuman berkaffein perlu dielakkan kerana kaffein mengurangkan kandungan cecair badan dengan meningkatkan proses perkumuhan melalui air kencing. Kopi, teh dan kola merupakan minuman yang mengandungi kadar kaffein yang tinggi. hahha peminat coffee habis la pengsan!! i kasi can la uols minum sehari seteguk hilang tak gian!


Tips waktu sahur pulak simple je
Jangan amik makanan yang berat dan terlalu mengeyangkan, jangan la pulun makan sampai azan subuh gara-gara takut lapar esok!! dahla berbuka tadi sampai 2 pagi dok makan? berbuka makan, pegi tarawikh pekena pulak moreh, balik singgah ngeteh lg?? now bangun sahur amik ringan2 jelah.  tetapi kena amik makanan yang kekal memberi tenaga untuk jangka masa panjang. Pilihla yang lambat hadam, seperti oat dan roti jangan lupa kurma. Mudahkan!

Selain itu, Al-quran, As-sunnah dan kajian moden mengesyorkan beberapa makanan yang baik ketika berpuasa seperti susu, kurma, daging lembu atau kambing, dan oat.

Sekian, tips pemakanan untuk uols berpuasa dan sihat, maintain jelita sepanjang ramadhan. 

Byee Muahh!!










11 July 2013

Bila Puasa

Hari ni baca blog faberet sume dok cite pasal puasa, sahur dan berbuka..Adehhh Apsal i cam takde citer tu sumer..cam takde mood nak citer pasal tu sume..kenapa kenapa..Adakah sebab i berpuasa tanpa orang tersayang sob sob..my hubby jauh diperantauan Huwaaaa!!! ..wat ayat tacing sikit nnt hubby i baca blog cepat sikit balik!!! Hahahah Panggg kang..Hubby i kan  gi cari rezki nnt kan nak raya sakan kan kan?? so i kena la pasrah eh redha eh pasrah.. Haishh!!

I kalo puasa kol 10.00 pg kat opis mesti nak kena google resepi hahah..tatau naper habit ke atau ape?? tapi bila google rase cam ade kepuasan..dah tu resepi yang aku google tu resepi yang mmg I dah master hahah budget pandai masak la sangat kan..Padahal ?? i ni jatuh kategory untung la..mak dok ngan i orang lain balik berkejaran nak balik masak i balik lenggang mak inang je..ade kengkawan i yang sampai nak upah orang tolong masakkan untuk berbuka tapi i untung mak masak hahaha..tp i pun masak gak!!  sesame masak..laga2 bontot ngan mak kat dapur sambil memasak..jdnya seronoklah kan? I masak 1 lauk dapat makan 2 lauk kuikui..1 lagi mak masak..

Pastu bila puasa i ade azam, azam takmo beli makanan kat Bazar Ramadhan..hahah haktuiii!! ni mmg la tetiap tahun dok azam tapi day 1 jer berjaya..bila dah gagal i wat azam baru..leh beli kat Bazar tapi 1 lauk je hahah..leh lak tukar2 azam..baik tak yah azam dari mula kan?? bila gagal azam kedua i azam lagi leh beli tapi kurang RM20 hahahh haktuiii lagi..

Lagi 1 bila time posa i ngan member opis suke sembang pasal menu berbuka & sahur kitorang. Sambil telan2 air liur sendiri..hahah jadah ape la dok cite pasal makanan  time posa pastu telan air liur sendiri..haishhhh... 

Ok itu aje..saje nak gak cite pasal puasa..sbb sume orang citer i pun cite la..korang bacalah..
Byeee selamat berbuka Assalamualaikum!!






09 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamulaikum, 

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Yaeyy dah Ramadhan. i love it. Sebelum melalut syukur Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia beri kesempatan untuk terus beribadah pada Ramadhan kali ini. So jangan biarkan Ramadhan itu berlalu tanpa pengisian ya. Sape tau ni Ramadhan terakhir. Marilah same gandakan amal ibadah kita.
Selamat Berpuasa sumer google

Now i nak kasi uols tips berpuasa ikut cara Rasullullah S.A.W. Sumber zharifalimin.blogspot.com. Syukran Jazilan i kongsi ya ilmu Tuan.  Jom check it down bagaimana Rasullullah S.A.W berpuasa. Correct me if i'm wrong.

Rasulullah s.a.w Bersahur

Rasulullah  bersahur sebelum berpuasa. Bila nak bersahur? Rasullullah bersahur di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:

Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.
(HR: al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari ciri-ciri berpuasa orang Islam. Sabdanya: 

Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur 
(HR: Muslim)
Rasulullah Menyegerakan Berbuka 

Rasullullah tidak melewat-lewatkan berbuka puasa. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum. 

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim: 

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ "
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.

Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Jangan masih di Pasar Ramadhan yer..sedangkan azan mahgrib dah berkumandang..azan zohor berkumandang pun jangan di berada di Bazar Ramdhan hihihi.

Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h: 

قال النبي صلى الله عليه وسلم : " لا يزال الدين ظاهراً ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون "
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata: 

وقال عمرو بن ميمون الأودي رحمه الله : " كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أسرع الناس إفطارا ًوأبطأهم سحوراً "
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.

وعَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ :
دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ : رَجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ، وَالآخَرُ يُؤَخِّرُ الإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاةَ ..
قَالَتْ : أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ؟
قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ .
قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.

Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma 

Rasulullah s.a.w  memulakan berbuka dengan mengambil beberapa biji kurma basah . Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya:

Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.

kita?? hahha selagi tak kenyang mmg tank bangun dari meja makan la kan..berbezanya la dengan ape yang diajar oleh Rasullullah. Bulan puasa ni cuba berubah yer...

Tidur Qailulah

Tidur Qailulah ni tidur sebentar sebelum solat zohor. Ini untuk memberi kecergasan kepada kita untuk beribadah di malam hari.Jangan salah guna Qailulah ni asik tdo jer sepanjang masa pastu nak cakap sunnah..itu salah

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ” اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.



Menjaga Lidah
Ini penting..kang puasa dapat lapar je. Jaga lidah. berfikir sebelum bercakap.  rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut.  Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.

Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani: 

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ
Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.


 
Memberi Makan Orang Yang Berpuasa

Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya

Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w.

Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

  1. Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).
  2. Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka (riwayat Muslim).

Doa Ketika Berbuka Puasa/sebelum berbuka puasa

Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:

إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم...
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...

Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:

ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى
Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.

Jom kita berpuasa ikut cara  Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.
Sekian, terima kasih sumber. 
Selamat berpuasa semua..luv u ols. Muahhh 
sumber google