"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

19 July 2013

Bazar Aidilfitri Jalan TAR


nendia jalan TAR, suasana hari jumaat ya

Seploh hari dah berpuasa, uols dah merasa belum air katira, onde-onde aka buah melaka, kuih akok,roti john, ayam golek, gulai kawah, kambing bakar, bubur lambuk, kebab kambing (yang cucuk kat lidi pastu ade letak capsicum ngan karet tuh,) murtabak pak din hahahh ni klakar sume pasar ramadhan claim die pak din..asal ramadhan je ramai tukar nama jadi Pak Din. Saje je remind kat uols  makanan tradisi yang dijual secara berleluasa apabila ramadhan tiba takut uols terlepas pandang..kang tak merasa lak. Dah habis ramadhan mmg tak jumpe la air katira kan??

Hakikatnya i nak cita pasal Bazar Aidilfitri di jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) mmg femes tak yah perkenal lagi dah seantara dunia tau pasal kehebatan Bazar Aidil Fitri Jalan TAR ni.15 hb Ramadhan ni boleh la tgk berpusu rakyat dari Selangor, Ipoh, Seremban, akan menyerbu jalan TAR. Maka berpeluh lah jugak hari tu i nak balik keje hadap jem.

Kenapa 15hb? ni hari cuti Nuzul Al-Quran penduduk luar KL bercuti, pulak tu dah gaji, masing2 akan soping raya, destinasi pilihan hah ni la jalan TAR nih.

Now i dengan mulia hati nak kasi tips untuk korang yang nak soping pada hari tersebut :-

Guna kenderaan awam
Klo mampulah gunalah kenderaan awam, sbb kawasan ni mmg xde parking sangat, limited. klo berani parking dibahu-bahu jalan. silakan. anda pasti akan pulang dengan surat cinta dari DBKL.

Jangan bawak anak kecil
Elakkanlah, sini panas, crowded sangat, takut pengsan lak. klo anak tak pengsan pasti maknya pengsan. Nak pilih baju, nak kejar anak, dengan berlaga-laga bontot ngan pengunjung lain mau tak pengsan. Siap2 amik size anak pastu datang sini belikan je.

dari baby umor sehari pun ade baju Melayu

No stroller allowed
Klo dah anak pun harus dielakkan, Stroller mmg dilarang sama sekali la. Selain ganggu jalan orang lain, ia juga akan memberi tekanan sewajarnya kepada anda hahah.

Hati-hati ngan pick pocket
ini penting kang dah cucuk duit riban, pastu letak lam paper bag, mmg jam nak bayar duit dah xde. 

Parking
Incase tak daya nak nak menggunakan kenderaan awam or terpaksa bawak kereta, tempat parking paling selamat sogo, sebelah semua house and roof top. jalan la kaki sikit je sampai bazar . jangan la masuk nak cari area2 bazar mmg leh jem 4 jam situ je.

Datang awal pagi
Bertolaklah diawal pagi. pas sahur mungkin. 

Ade reporter
Jangan terkejut la klo tetiba ade orang bawak camera besar, tanya "ape perasaan puan bersoping disini?" eh camtu ke soklan die?  ntah la.. i jalan je lelaju klo nampak die dah start pasang kemera ngan hala2 mic ni..kang glamor lak ahkak.. klo ade rezki korang nak masuk tv korang jawab je la ngan tenang, make sure cover cun. untung-untung dapat masuk tv al-hijrah malam tu. hhaha 

i tau semua akan pilih Bazar Aidilfitri Jalan TAR ni sebab complete semua ada, baju melayu dari baby umor sehari sampai la warga emas, baju kurung pun same, telekong, sejadah,jubah, fashion mmg terkini, harga murah, cadar, sarung kushion, table cloth, kuih muih, kekacang, dodol, kasut baby, kasut mak baby, sandle, kain pelikat, kain batik. kain pasang pun ade!! 
peplum kanak-kanak 2-6 years price RM65
baju raya & sampin raya



psst ape colour tema uols tahun ni??
Sebab tu leh attract ramai pengunjung, one stop centre for hari raya, kira datang soping 15hb ni 16hb dah leh raya lah..hahah jgan cari pasal. puasa sebulan k. Beli 15hb balik tenung je baju-baju tu 1 Syawal kang pakailah..hihii.
sampin jangan dilupa


Harga die mmg murahlah, klo compare ngan tempat lain jangan malu segan nak tawar menawar, gerenti dapat. acah acah sikit cam takmo beli mesti nnt die panggil balik hahaha..skill kena ada klo nak tawar-menawar ni..jgn la tawar bila baju dah masuk beg. mmg tak pat lah.
Anak2 pun kena bergaya juga di Aidilfitri


Jom layan picca i untuk uols klo tak cukup leh tgk  Bazar Jalan TAR tahun lepas .
paling kecik size 18

Blue & Pink sangat akrab now
Buah Tangan untuk ayah bonda di kampung barangkali

sekian, chow!!

Don't shop till drop. Happy shopping gals !! 

Assalamualaikum..

10 comments:

  1. Replies
    1. klo yang bekerja sekitar jalan TAR ni ok ler :0

      Delete
  2. tak sempat lagi nak bli bju rayala kak..syok tngok owg shopping2 bli persiapan raya..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat lagi nak raya siti, banyak masa lg :)

      Delete
  3. wah,, boleh pening ni klau ke sini ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi ok je..seronok soping ni..sedar dah petang je..;)

      Delete
  4. Untunglah.........

    ReplyDelete
  5. Saya suka blog nie ... info terkini... thanks .. teruskan berkarya..
    semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dari penulisan awak.


    Review my page - Butik Blouse Malaysia

    ReplyDelete