"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

31 May 2013

A Famosa Resort Melaka

Ini hasil tangkapan di Mattar Fair Mac, 2013, RM40 untuk Suite, RM15 per person untuk Breakfast. Murahkan!!. Tapi ade la syarat kena beli at least 2 tiket masuk Theme Park yang berharga RM20 each. Masih berbaloi pada kiraan I. Maka i & Kak Lin (my colleague) pun decide untuk beli and pergi sesame hihihi.
i & Kak Lin pilih Theme Park yang sama dah nak g sesame kena la pilih same gak kan! We all pilih Safari Wonderland & Cowboy Town..Yehaaaa!! Pada hari yang ditetapkan 23.5.2013 pukul 10.00 a.m kami dah merempit di PLUS Highway untuk ke A Famosa Resort.

Sampai sana dalam pukul 1.00 ptg. Kami terus ke Safari Wonderland. Jom tgk ape ada di sana!

Safari Wonderland
Ini sesuai klo nak tgk elephant, tiger, deer, cat, rabbit. i pilih ni almaklumlah kan jarang dapat jumpe ngan diorang2 nih. Menarik dekat sini klo nak jalan2 tgk binatang kena naik Secure Truck. Ini perlu sbb tiger, fox, lion tak duduk dalam kandang dan mereka berkeliaran. tu sebab kena naik secure truck. Kite lak kena duduk lam kandang hahah.
Ni captured mase i dalam se
Kat Safari Wonderland ni juga ade Monkey Island, ni kena naik Motorized Barge aka Tongkang...hahha merasa I naik Tongkang uols.  Kat sini nanti akan nampak Lumus yang berasal dari Madagascar, Squirrel Monkey, Capuchin from South America.

Dalam Motorized Barge aka Tongkang

Kat sini boleh juga Feed an Animal. Tpi kena beli makanan Kat sini RM 5 je. Animal Ride pun boleh kat sini i naik elephant kat sini. gerun jugak takut tercampak ke bawah.

Animal Ride RM 10, beli barang RM 30 dekat kedai Subinier dapat free ticket

Kat sini pun ade animal Show, Elepant Encounter- show by elephant enjoy sangat elephant pun pandai buat lawak k. klo uols nak tau caner gaya lawaknya sila la pergi A Famosa. hihihih

Show Wild West Show, ni show zaman2 cowboy tapi digarab ngan genre komedi dan ade byak lagi show2 yang lain.
ni la Wild West Show
Kitorang pusing2 dalam pukul 5 baru check in. Ade orang tu pusing 3 kali naik Sesure Truck hahah. Ok untuk info waktu check in dekat A Farmosa Resort ni pukul 4 pm yer. Kitorang stay dekat D' Savoy Condotel. Malam nya kitorang pegi Cowboy Town. Next entry i cite pasal D'savoy and Cowboy Town pulak yer. Ok dada..muahhh luv uols..

Assalamualaikum.:)

    29 May 2013

    Tragedi

    Entry yg menyayat hati mengundang sebak seisi keluarga. Semua dah ready nak bekpes bihun goreng..sedap!! tok aka Mak ngah la yg masak.. I baru je nak suap bihun ke mulut..Aisyah lak tetiba gitau nak kencing ajak teman g toilet. Since toilet trained ni Aisyah mmg da tak pakai diapers klo kat umah.

    Tgh kelam kabut nak makan la nak kencing la tak perasan adam sengsorang kat dining table. Tetiba berdentum bunyi adam jatuh dari kerusi bersepai pinggan pecah bersama ngan adam jatuh..berlari la i nak g angkat adam sekali pandang darah byk giler kuar dari kepala die. Rupenya serpihan kaca terkena kepala adam. Masa tu mmg tak tau nak wat ape. Mak ngah yg bagi arahan suh bawak g spital klo I sorang mesti nangis je boleh. Dengan kunci kete lak cari tak jumpe..biasa la time penting camtu sume nak hilang.

    On the way ke spital, tekap je kepala adam ngan tuala..byk btol darah. Sampai je kat emergency terus g kat kaunter nurse tu balut luka adam. Adam di Zon Hijau tidak kritikal so kena amik number and tunggu giliran. 

    Jumpa Dr.  kena X-Ray kepala, drip kat tangan utk masuk ketamine, cuci luka, meraung2 la adam. Kena jahit la 3 jarum akhirnya. Alahai adam kesian dia. Pastu kena rehat jab dekat ward sebelum Dr. benarkan balik umah. Sampai kol 2 jugalah kami di hospital.

    Sedihnya tgk

    Baju sume kena buka dah penuh ngan darah
    Balik spital Adam terus tdo..penat agaknya meronta2  masa Dr. nak jahit td. Ptg tu tgk adam dah ok sihat..kitorang kluar la makan malam sefamily.

    sebelah petang dah boleh main, senyum, makan n main

    Alhamdulillah, now dah ok, bengkak je still ada. 30hb Mei 2013 appoinment ngan Dr. untuk buka jahitan.

    Sekian. Assalamualaikum.





    26 May 2013

    Indoor Funtime

    Hari ni i dapat Gliterati status dr abg nuffnang hahah kantoi nampak sgt newbie agaga..ok takpe i suke je..lagi satu hari ni terlupe nak tgk cinta jgn pergi aduhh stress. Rindunya nak tgk Tizz Zaqyah!! Sibok mengemas pasar borong aka peti ais umah i..hihi dah macam pasar borong sume sumbat selagi boleh tutup pintu..teruk kan.

    Smalam dah la tak sempat nak tgk ssid @ sebenarnya saya isteri die.gara gara lambat balik shooting jjcm kat melaka..hahah shooting untuk blog i je la..nnt la i wat entry uols baca tau.surprisee!!

    Hari ni nak cite tesco funtime @ funland hihi mengalahkan entry g universal studio je gayanya..aisyah n adam mmg suka g tempat cenggini confirm tak ajak balik i yg kena merayu ajak balik.

    Tujuannya nak g beli barang dapor je ..tapi biasa mmg i gagal la ngan rengekan plus raungan ajak g funland tuh.. Nak pujuk g tasik ampang hilir pun cuaca tak mengizinkan baik la pegi indoor je. Janji leh main.

    Charge kat sini RM3 per child per entry. Mak ayah masuk free tgk anak2 main. Korang jgn main sekali sudah. Kat luar nak main2 kena beli token lak. Hubby i yg beli tak tau bape RM. Mungkin 1 token RM1. Games kat situ ade yg 1 & 2 token.
    Sekian saja. Chow!!

    25 May 2013

    sastred one sdn.bhd


    Wireless Smart Home, Control Your Home Wherever n Whenever. Smart Home ni sangat best u olls function die.Korang boleh pantau rumah/office/kedai/warung/gedung/gudang  korang masa korang takde kat tempat tu dengan hanya menggunakan Telefon, Remote Control, Internet/Android, Mobile Phone, PDA, Touch Screen Console.Semuanya betol2 dihujung jari anda. Tak kisahlah nak guna jari yang mana satu hahaha. Semua ni di Panggil SMART HOME atau Rumah Pinta!! klo pasang kat kedai tukar je jadi KEDAI PINTAR hahah pintar tak I??

    Hahaha entry kali ni mmg sangat diluar kotak..hihiiJom kenali technology berasaskan keselamatan dan ketenanagan fikiran
    seperti CCTV, Alarm System Access Door dll. 

    CCTV @ Closed Circuit TV
    Dah menjadi satu kebiasaan dah klo korang tinggal umah pegi holiday, outstation balik kampung mesti risau kan. asik ingat umah je. nak nak pulak lame kena tinggal rumah lagi la kan tak keruan dibuatnya. Kan dah ganggu ketengan jiwa dan raga korang tuh..Klo ade cctv boleh je view keadaan rumah anda dari jarak jauh..tgk ape jadi dirumah anda. Ikan dalam akuarium tu cukup makan or tak?

    Alarm System
    Alarm system @ sistem penggera. ini penting untuk kediaman xcelli dah ramai yg paki alarm kat rumah. Alarm ni berperanan untuk bagi signal dengan cara berbunyi dengan kuat mengejutkan korang dan jiran2 dalam situasi ade seseorang cuba umpil tingkap rumah korang, ade pencuri cuba menceroboh rumah korang. selain tu alarm dapat bantu jiran2 korang utk call korang if anything bad happen pada rumah korang waktu korang takde kat rumah.

    Access Door
    Ni kebiasaannya for opis use. ade menggunakan kekdah touch card or thumb print. terpulang pada korang nak yang mana satu. Ini untuk menjamin keselamatan office sbb hanya orang yang ade access card boleh masuk or authorized thumb print je. so selamat. and dapat detect sape yang masuk melalui card dan thumb print yang digunakan.

    Smart Home @ Rumah Pintar
    Ini memang terbaik lah..dilengkapi dengan semua bende diatas, cctv checked, alarm checked. Smart home ni banyak function seolah ruamh anda terprogram mengikut citarasa tuan rumah, gate boleh control, control Aircond, Control lampu, control blind or awning dan lain2. dan banyak lagi.

    jangan risau kalo korang dah berminat nak tau lebih lanjut boleh hubungi Sastred One Sdn Bhd, consultation, quatation, adalah FREE. Now ade promotion klo korang maklumkan korang dapat tau pasal sastred melalui blog i ni lucd007 korang akan dapat 5% discount. 5% ni termasuk pelanggan untuk rumah dan office. tak kira lah asalkan ade transaction. 

    Selain system rumah pintar Sastred one juga mempunyai kepakaran or specialized dalam   Audio Visual, Design and Built,  ,Service & Repair, Maintainnace  for audio visual and equipment . Kebanyakan dari client Sastred One ni adalah badan2 kerajaan dan swasta contohnya, MARDI, Infra, Ilkap, EPF, JKR, Jabatan Penerangan, Institut Perakaunan Negara, JPN, CIMB dll. Klo company akan buat Access Door, Audio Visual untuk bilik meeting dan macam2 lagi. Alhamdulillah Sastred One diberi kepercayaan untuk handled project di luar negara iaitu Project membina High Commission of Malaysia, Islamabad Pakistan. Project almost done tinggal untuk testing & Commisioning je. Insya Allah. Jenama Malaysia diluar negara!!

    Ok takmo la cite pepanjang i tak pandai sangat nak story pasal bende canggih2 ni korang nak tau lanjut call je: 
     
    Sastredone Sdn.Bhd
    No.15-M, Jalan Maju 3/1
    Taman Maju Jaya
    561000 Kuala Lumpur
    tel: 03-42800710
    Mobile: 019-4411060- MR SHAHIR

    Atau korang boleh jengah di fb Sastred One Sdn.Bhd . Sekian perkongsian ilmu pada hari ini... dadda..

    chow!! Assalamualaikum..
    ops jom layan gambar la dulu.. tak best entry kosong semata kan?? sila tatap gambar project handled by Sastred One. Check it down!!

    
    
    pahlawan sastred di site




     


    ini project dekat IPD Jempol- bilik miting abg2 polis


    site di Islamabad Pakistan- Kedutaan Malaysia


    nak projector turun dari syiling pun boleh xde masalah
    new compleks high commission of Malaysia,Islamabad Pakistan
    islamabad done- launched by our TPM
    5% discout uols grab it!!!
    sekian!!
    
     

    21 May 2013

    Adam & Aisyah VS Hairstylish

    Ahad lepas i bawak aisyah n adam nak g trim rambut. Tempat biasa la i bawak dekat Axis Atrium, Ampang. Mmg setiap kali nak gunting rambut kitorang akan ke situ. Almaklumlah nak gunting rambut budak ni nak kena pantas kang die meronta2 langsung tobek sana sini.
    Nak jd cerita, hairdresser yg selalu gunting rambut Aisyah tu xde hari tu. I dah cuak mane lak die nih..tapi nekad je la serah kepala aisyah kat hairdresser baru tu. 

    Adam pun nak trim rambut gak time..Adam first time, melalak la terpaksa i tenangkan adam dulu. Tak sempat nak tgk Aisyah. Adam siap. 

    Dangggg!!! Nak pengsan tgk rambut Aisyah dah nak habis dikerjakan.Boyish habis muke. Aduhhh ape nih..!! itu je terkeluar dari mulut i, mmg rase nak hamun je time tu. Muka hairdresser tu pun dah cuak. Sekali member die gitau sorry die baru kat situ. Do i care?? Grrr!!!  dah la Aisyah behave time tu patutnya dapat rambut yg cantik. Klo ikut hati mmg i botakkan rmbut K-Pop die..

    Bende dah jd i malas nak marah2 la.. imej baru utk Aisyah. Kesian aisyah die merungut cakap nape kakak jd orang lain hihi..no la kakak u always cute.
    Takpe next kite gunting rambut tempat lain. Any suggestion mana best gunting rambut kanak2??. Tolong i..

    nanti kite simpan rambut balik yer laling
    first time after cukur jambul dulu mmg la meraung
    Tgh gunting rambut

    Majlis Aqiqah Baby Aisy Vs IKEA


    Sabtu lepas i pegi Majlis Aqiqah baby Ajin. Ajin ni my ex-office mate. Dulu same keje kat Arb now die dah keje ngan ayah die. Ok dah terlanjur cerita ajin ni la owner apartment i duduk masa g Langkawi tu. leh refer balik entry nih Langkawi Island, Malaysia Day-1

    Disebabkan hubby ade wedding rakan bladers maka tak dapat nak teman i g umah ajin. i pun plan la Gegirl Hollahop Day bersama Yan. Wah best gak ni lepas g Aqiqah umah ajin leh g jenjalan IKEA, IPC, Daiso.Haha tapi kena la kawtim baik ngan mak  aka Makngah  nak minta tolong jaga Adam hihihi penting nih. Yaeaa Mak Ngah kata OK!!

    apsal nampak sume lam gambar ni katik2 je
    Awal pagi Aisyah dah bgn tak sabar nak jalan2 ngan kakak Yan terchenta hahah..kol 12.00 i ngan Aisyah pun keluar meredah jammed MRR2. Turut serta dalam rombongan berlainan kereta, Azie, suami dan si ensem Akif. Sampai je kat umah Ajin kitorang gomol2 Aisy, beramah mesra ngan mummy ajin tak sempat nak borak panjang ramai guest lain.Kang tak sempat ajin nak layan guest lain lak. Pastu kitorang terus serang buffet table. Sedap!! macam2 menunya  ade Kambing Bako, Apam Balik, Nasi Beriyani, Bihun Sup Utara n dll tak lupe candy/dessert table pun memacam ade. sangat sedap..nnt jemput kitorang lagi ajin klo ade event. Tq..

    IKEA

    Dah laga2 pipi ngan ajin i ngan yan pun dah tak sabar nak ke IKEA ni. Azi ngan Am dah ready kat luar nak balik dah. Rupenya azi kat luar tengah minta izin Am nak join  berhollahop ngan kitorang..weehoo.. Am ok je balik sengsorang. Jadi la kitorang ber3 ke IKEA ops ber5, Akif ikut mummy g IKEA gak. Jom Jom..Tq Am izinkan wife u jenjalan ngan kitorang. hihihi.
    harus posing dulu

    Dari satu floor ke satu floor kitorang jelajah. Terasa betapa healed nya. Hilang semua stress. Amboii sangat kan!! Ye betol . kalaulah dapat habiskan RM1000 kat IKEA ni lagi lah healkan. Huhuhu..

    Best btol layan angan2 kosong nak umah camtu, nak bilik tidor camni, nak dapur cenggini, nak rak kasut cenggitu…sedar tak sedar dah petang, kami pun berkira2 untuk pulang hahah..Jom la kengkawan kita balik. Nanti kite datang lagi..



    akiff tenung je kakak ancah lam stroller die
    nak ni Drawer Chest



    best kan dapat g IKEA
    azie ko nak ni kan kan???
     

    ni yang i ngidam nak makan dulu nama Daim Cake now dah tukar Almond Dark Chocolate Cake lak




    Langkawi Island, Malaysia - Day 3

     Langkawi Island, Malaysia -Day 3

    lamak dah hari ke3. Mulalah hati ini gundah gulana tidak keruan. sayang nak tinggal bumi Mahsuri ini. Tp demi tugas terpaksa juga pulang ke Kuala Lumpur.

    Hari ke3 ni tak byk tempat yg kitorang pegi, memandang flite ptg maka sempatla kami ke Dataran Lang dan HiG.

    Dataran Lang@ Eagle Square
    Dataran lang  @ eagle square ni letaknya bersebelahan ngan Jetty Kuah je. Eagle Square ni macam tanda langkawi. So klo pegi langkawi mesti kena singgah sini. Nama langkawi tu
    sendiri berasal dari perkataan Helang. Selepas bergambar bersama replika helang yg tingginya tu 12meter kitorang pun beredar pulang. Nasihat i klo nak bergambar kat sini elok dtg sebelah petang kot sbb macam pg banyak port cantik yg membelakangkan sinar mentari yg baru nak jengah bumi hihi.. Memandangkan flite kitorang petang sempat la kitorang singgah HiG kejab. Dari Dataran Lang terus ke hotel kemas and check out..owh langkawi gonna miss u..hihi

    HiG @ Hj. Ismail Group
    Byk cawangan HiG di Langkawi ni.HiG ni kedai bebas cukai @ Duty Free. Jdnya harga barang import dr luar negara tu dijual tanpa perlu customer membayar cukai. Murahlah sikit dr beli di tempat lain. Klo dah sampai sini jgn lupe borong coklat byk2 pilih yg import je tau baru berbaloi.mmg harga die murah. Selain tu kat HiG ni ade jual pinggan mangkut dr macam2 brand yg menjadi kegilaan golongan WANITA cam i la. Untuk elak naik gila singgah sekejab sudah yer..i nasihat je..sbb sgt rambang mata. Cara die susun pinggan je mmg buat kecur air liur dr jenama corelle, vantage owh mak aii fengsan, luminarc, tefal owh lg la harga dia murah!! Vision!! Owh cukup kang ade lak uols terbang ke langkawi ini hari. Sbb tu i tak amik gambar pun dkt HiG ni. Takut balik KL tak lena tidur. Kain batik, spoon garpu, pun cantik2 belaka..siap bersepuh emas la..mau tak fengsan tgk. Senduk, sudip tak yah story lah mmg menarik. Lg verita gembira utk kaum wanita HIG tgh bina kompleks..dah nak siap dah..nnt leh la shopping dalam aircond lg lama la uols singgah sempat compleks tu pu  cantik mesti decoration didalamnya setara pavillion. Hahahah... JOM LAH KE LANGKAWI!!

    Sekian saja perjalanan 3days 2 night kami di pulau langkawi. Insya Allah ada rezki boleh datang lg. Tp next datang nak buat activiti laut lak. Nak g snorkeling..hihi..tetiba list down lak nak wat pe..hahah..
    Ok bye..muahh♥♥♥

    Eagle Square
    Bersebelahan dengan Jetty Kuah je
    Hubby with Aisyah & Adam

    16 May 2013

    Langkawi Island,Malaysia Day 2

    Kembali bersiaran di Langkawi Island, hahah actually i pegi langkawi 4 Mac 2013 - 6 Mac 2013 and now baru ade mase nak coret2 kenangan di langkawi. ingatan masih segar disetiap saat i berada di langkawi. Hari ke2 mmg semua kena bgn awal pagi sebab nak naik cable car takmo lewat nnt kena queue panjang n klo tgh hari  angin kuat. ade gak tak leh naik cable car.

    maka awal pagi kitorang dah keluar, sarapan dan terus ke destinasi2 yang sememangnya i rencanakan.

    Sarapan pagi - WARONG DEPAN PLAZA LANGKAWI
    i mmg berhajat nak sarapan kat sini bukan  kebetulan pun. kedai ni ade nasi lemak special. sorry gambar tak snap. senang je nak ke sini kedainya terletak depan plaza langkawi. kat sini menu die nasi lemak, pulut makan dengan sambal, ikan masin, or kelapa parut, bihun mee goreng sume ade, roti canai pun ade.

    Cable Car Langkawi
    ni la tempat yang menjadi idaman kalbu i nak pegi pun. dah bape kali g langkawi tapi tak lepas g sini. so kali ni wajib pegi. ok i nak nak brief uols sikit pasal Cable Car ni..JOM!! 

    Cable Car Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut Pulau Langkawi, . Cable Car ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, Terpanjang didunia ok!! Bangga tak??  mengalahkan Cable car di Switzerland. Tak yah dah g Switzerland k. (ini fakta ok saya tak goreng terima kasih wikipedia).
    7
    #nak masuk Oriental Village #weekdays pun ramai orang beratur nak naik cable car
    Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), jangan terkejeut klo di Gondola cable car tu ade tulis (PLSB) iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.

    Gondola yang akan membawa korang naik ke Gunung Mat Chincang itu boleh memuatkan 6 orang, Korang akan naik di Base Station. Gondola ini takkan berhenti so korang kena cepat2 melangkah masuk dan duduk. Klo yang bawak anak kecik kena careful yer. Pendakian bermula selepas pintu gondola ditutup.Baca Doa. Gayat ni nak sampai atas. Tapi Aisyah relaks je tak takot pun katenya. Sampai di Middle Station boleh turun klo nak turun amik gambar tgk pemandangan indah. Tapi hari tu i tak turun pun terus je ke Top Station. Sampai ke top station baru turun. Sejuk je kat atas ni. Di Top Station ni, terdapat pelantar tinjau. Dari situ boleh tgk betapa  cantinya ciptaan Allah. Subhanallah!!  pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand sangat mengujakan.

    on the way to Middle and Top Station 


    Korang juga boleh tgk teknologi pembinaan titian gantung/Sky Bridge sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.

    Posing di Top station 700 metres above sea level
    Dah penat tour Top Station kami pun turun sekitar jam 1.00 tgh hari. Singgah jenjalan beli subinier sikit kat bawah tu. Jalan2 tgk ade la 6D cinema cam best tapi tak singgah pun. Tak sesuai lak nak tgk 6D movie with my lil Khalifah Aisyah & Adam ni. so kitorang pun balik. On the way keluar tu nampak lak Harbour Park. Jom tgk jab ape ade di Harbour Park. Jom Jom!! jangan ketinggalan rugi ni.

    Bayaran nak naik Cable Car ni (with myKad)
    Adult RM 15
    Child RM 10

    Telaga Harbour Park & Marina @ Harbour Park
    Harbour Park ni acctually kompleks pelabuhan yang terletak Pantai Kok Langkawi yang berkeluasan 27 ekar untuk dijadikan tempat service yacht , sails boat, shopping compleks, restoran.   
    wahh cantikkan!!
    Harbour Park ni nampak lagi ohsem dan hebat pada waktu malam, disini juga dijadikan tempat penginapan bagi yacther. harbour park ini boleh menampung kapar layar mega untuk berlabuh disini dan bertaraf antarabangsa.

    Dah tau Harbour Park serba sedikit bolehlah datang melawat yer kat sini ade juga sailing school klo nak belajar jadi pelayar professional macam Dato Azhar Mansor. Jom tgk gambar i di Harbour Park meh..panas berdenting..so i pun ala retis memakai sunglasses besor gitu.
    abaikan adam yang tak berkasut itu!!


    sailorman ups sailorgirl
    Beras Terbakar aka Rice Burn
    Disebabkan hubby i first time, maka kitorang singgah la di Rice Burn. Acctually ni salah satu tempat sejarah di langkawi ni..Tapi hubby i tak turun kete pun sebab panas sangat cian adam nak turun. i je yang turun dengan alasan nak beli baju tdo kat baby sitter adam. Dasarrr suke jalankan..memacam alasan leh create janji dapat jalan2 sambil window soping.

    Beras Terbakar adalah tempat yang terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi tentera Siam. Tempat ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. 

    Now Beras Terbakar ni dah tinggal sepinggan. kat sini ade tempat jualan baju tshirt langkawi minyak gamat, ibu gamat, air gamat dan sebagainya. klo nak soping baju tdo, tshirt, suar leh beli kat sini. sini murah compared to others place.

    Kat langkawi ni cuaca die panas sgt. nama pun pulau kan. Dah tak mampu nak terus jalan2 jom la balik hotel tunaikan kewajipan pada yang Esa. lunch pun belum ni kang ade lak yang pengsan.
    beras terbakar

    lokasi yang dipercayai dipenuhi beras terbakar suatu ketika dahulu
    Makan Mahsuri  
    petang tu kitorang keluar, kitorang ke Makam Mahsuri. Makam Mahsuri ni pun tempat sejarah jugak. Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Mayah dikuburkan. Dekat Makam  ade show cerita tentang Mahsuri. Masuk sini dikenakan charge RM 7 per person.

    Kat sini pun dah banyak perubahan dah ade kompleks beli belah dah di sekitar kota Mahsuri ni. jom la layan picca weols lak. Ops lupe nak gitau disini ade kedai makan, laksa die TERBAIK!! kedai die sebelah sawah padi dekat telaga Mahsuri. Singgah tau klo kesana.

    aisyah posing ngan Tok
    Al-Fatihah




    telaga mahsuri, rumah mahsuri sawah mahsuri hahah ni i tipoo & makam mahsuri




    Selesai sudah sesi jelajah Langkawi dihari kedua, balik umah Dangggg sume pengsan..Malam tu kuar lagi jalan2 diPantai Cenang tapi round lam kete jer..tak mampu dah nak turun. InsyaAllah panjang umor murah rezki boleh pegi lagi Langkawi ni. Best sangat!! Assalamualaikum