"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

16 May 2013

Langkawi Island,Malaysia Day 2

Kembali bersiaran di Langkawi Island, hahah actually i pegi langkawi 4 Mac 2013 - 6 Mac 2013 and now baru ade mase nak coret2 kenangan di langkawi. ingatan masih segar disetiap saat i berada di langkawi. Hari ke2 mmg semua kena bgn awal pagi sebab nak naik cable car takmo lewat nnt kena queue panjang n klo tgh hari  angin kuat. ade gak tak leh naik cable car.

maka awal pagi kitorang dah keluar, sarapan dan terus ke destinasi2 yang sememangnya i rencanakan.

Sarapan pagi - WARONG DEPAN PLAZA LANGKAWI
i mmg berhajat nak sarapan kat sini bukan  kebetulan pun. kedai ni ade nasi lemak special. sorry gambar tak snap. senang je nak ke sini kedainya terletak depan plaza langkawi. kat sini menu die nasi lemak, pulut makan dengan sambal, ikan masin, or kelapa parut, bihun mee goreng sume ade, roti canai pun ade.

Cable Car Langkawi
ni la tempat yang menjadi idaman kalbu i nak pegi pun. dah bape kali g langkawi tapi tak lepas g sini. so kali ni wajib pegi. ok i nak nak brief uols sikit pasal Cable Car ni..JOM!! 

Cable Car Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut Pulau Langkawi, . Cable Car ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, Terpanjang didunia ok!! Bangga tak??  mengalahkan Cable car di Switzerland. Tak yah dah g Switzerland k. (ini fakta ok saya tak goreng terima kasih wikipedia).
7
#nak masuk Oriental Village #weekdays pun ramai orang beratur nak naik cable car
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), jangan terkejeut klo di Gondola cable car tu ade tulis (PLSB) iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.

Gondola yang akan membawa korang naik ke Gunung Mat Chincang itu boleh memuatkan 6 orang, Korang akan naik di Base Station. Gondola ini takkan berhenti so korang kena cepat2 melangkah masuk dan duduk. Klo yang bawak anak kecik kena careful yer. Pendakian bermula selepas pintu gondola ditutup.Baca Doa. Gayat ni nak sampai atas. Tapi Aisyah relaks je tak takot pun katenya. Sampai di Middle Station boleh turun klo nak turun amik gambar tgk pemandangan indah. Tapi hari tu i tak turun pun terus je ke Top Station. Sampai ke top station baru turun. Sejuk je kat atas ni. Di Top Station ni, terdapat pelantar tinjau. Dari situ boleh tgk betapa  cantinya ciptaan Allah. Subhanallah!!  pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand sangat mengujakan.

on the way to Middle and Top Station 


Korang juga boleh tgk teknologi pembinaan titian gantung/Sky Bridge sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.

Posing di Top station 700 metres above sea level
Dah penat tour Top Station kami pun turun sekitar jam 1.00 tgh hari. Singgah jenjalan beli subinier sikit kat bawah tu. Jalan2 tgk ade la 6D cinema cam best tapi tak singgah pun. Tak sesuai lak nak tgk 6D movie with my lil Khalifah Aisyah & Adam ni. so kitorang pun balik. On the way keluar tu nampak lak Harbour Park. Jom tgk jab ape ade di Harbour Park. Jom Jom!! jangan ketinggalan rugi ni.

Bayaran nak naik Cable Car ni (with myKad)
Adult RM 15
Child RM 10

Telaga Harbour Park & Marina @ Harbour Park
Harbour Park ni acctually kompleks pelabuhan yang terletak Pantai Kok Langkawi yang berkeluasan 27 ekar untuk dijadikan tempat service yacht , sails boat, shopping compleks, restoran.   
wahh cantikkan!!
Harbour Park ni nampak lagi ohsem dan hebat pada waktu malam, disini juga dijadikan tempat penginapan bagi yacther. harbour park ini boleh menampung kapar layar mega untuk berlabuh disini dan bertaraf antarabangsa.

Dah tau Harbour Park serba sedikit bolehlah datang melawat yer kat sini ade juga sailing school klo nak belajar jadi pelayar professional macam Dato Azhar Mansor. Jom tgk gambar i di Harbour Park meh..panas berdenting..so i pun ala retis memakai sunglasses besor gitu.
abaikan adam yang tak berkasut itu!!


sailorman ups sailorgirl
Beras Terbakar aka Rice Burn
Disebabkan hubby i first time, maka kitorang singgah la di Rice Burn. Acctually ni salah satu tempat sejarah di langkawi ni..Tapi hubby i tak turun kete pun sebab panas sangat cian adam nak turun. i je yang turun dengan alasan nak beli baju tdo kat baby sitter adam. Dasarrr suke jalankan..memacam alasan leh create janji dapat jalan2 sambil window soping.

Beras Terbakar adalah tempat yang terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi tentera Siam. Tempat ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. 

Now Beras Terbakar ni dah tinggal sepinggan. kat sini ade tempat jualan baju tshirt langkawi minyak gamat, ibu gamat, air gamat dan sebagainya. klo nak soping baju tdo, tshirt, suar leh beli kat sini. sini murah compared to others place.

Kat langkawi ni cuaca die panas sgt. nama pun pulau kan. Dah tak mampu nak terus jalan2 jom la balik hotel tunaikan kewajipan pada yang Esa. lunch pun belum ni kang ade lak yang pengsan.
beras terbakar

lokasi yang dipercayai dipenuhi beras terbakar suatu ketika dahulu
Makan Mahsuri  
petang tu kitorang keluar, kitorang ke Makam Mahsuri. Makam Mahsuri ni pun tempat sejarah jugak. Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Mayah dikuburkan. Dekat Makam  ade show cerita tentang Mahsuri. Masuk sini dikenakan charge RM 7 per person.

Kat sini pun dah banyak perubahan dah ade kompleks beli belah dah di sekitar kota Mahsuri ni. jom la layan picca weols lak. Ops lupe nak gitau disini ade kedai makan, laksa die TERBAIK!! kedai die sebelah sawah padi dekat telaga Mahsuri. Singgah tau klo kesana.

aisyah posing ngan Tok
Al-Fatihah




telaga mahsuri, rumah mahsuri sawah mahsuri hahah ni i tipoo & makam mahsuri




Selesai sudah sesi jelajah Langkawi dihari kedua, balik umah Dangggg sume pengsan..Malam tu kuar lagi jalan2 diPantai Cenang tapi round lam kete jer..tak mampu dah nak turun. InsyaAllah panjang umor murah rezki boleh pegi lagi Langkawi ni. Best sangat!! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment