Assalamualaikum, Alhamdulillah dah 16 hari di bulan Ramadhan yang mulia. Hari ni kat opis i ni ade project tukar duit raya dengan bank sebelah. Amboi untung anak2 buah i yang bakal dapat duit raya tu kan...hahah tunggu yer Maksu Paksu/ Mak ndak Pak Ndak balik kampung. klo sebelah i maksu, sebelah hubby, i jadi makndak pulak..gitteww...
Kadang2 kiter buat bila tgk orang lain buat bende tu. tak pikir pun sebenarnya bende tu wajib ke, sunat ke, harus ke dalam Islam kan. Betul tak??
jadi i pun google la info just nak share ngan korang ape hukum memberi duit raya, correct me if i'm wrong. i bukan pandai sangat pun kuikui.
Hukum memberi duit raya adalah HARUS. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Berilah hadiah, maka kamu akan saling sayang menyayanginya antara satu sama lain.”
Hukum yang harus tadi akan berubah menjadi HARAM sekiranya memberi duit raya dengan niat nak riak. Nauzubillah. Bagi lah seringgit pun klo itu yang termampu. jangan nak kasi lebih semata nak riak uols bagi banyak. Indahkan Islam, beri ikut kemampuan. Takperlu lah berhutang semata nak kasi duit raya sbb malu nnt uols jer tak hulur duit raya pada anak2 buah.
Harus diingat Hari Raya bukanlah hari untuk bersuka ria
semata-semata, sebaliknya ia adalah perayaan keagamaan. Maka cara
menyambutnya perlulah mengikut adab dan peraturan agar kita akan
mendapat ganjaran dariNya.
Sekian bye. Muahh!~~
Bagi dengan hati yang iklas kn kak..tanpa riak..=)
ReplyDeleteyup..memberi biar la ikhlas kan zara :)
ReplyDelete