Assalamulaikum,
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Yaeyy dah Ramadhan. i love it. Sebelum melalut syukur Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia beri kesempatan untuk terus beribadah pada Ramadhan kali ini. So jangan biarkan Ramadhan itu berlalu tanpa pengisian ya. Sape tau ni Ramadhan terakhir. Marilah same gandakan amal ibadah kita.
Selamat Berpuasa sumer google |
Now i nak kasi uols tips berpuasa ikut cara Rasullullah S.A.W. Sumber zharifalimin.blogspot.com. Syukran Jazilan i kongsi ya ilmu Tuan. Jom check it down bagaimana Rasullullah S.A.W berpuasa. Correct me if i'm wrong.
Rasulullah s.a.w Bersahur
Rasulullah bersahur sebelum berpuasa. Bila nak bersahur? Rasullullah bersahur
di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu
solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan
hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:
Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.
(HR: al-Bukhari)
Rasulullah
s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia
adalah salah satu dari ciri-ciri berpuasa orang Islam. Sabdanya:
Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur
(HR: Muslim)
Rasulullah Menyegerakan Berbuka
Rasullullah tidak
melewat-lewatkan berbuka puasa. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan
kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.
Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim:
عَنْ
سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ : " لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
"
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.
Perbuatan
melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang
dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Jangan masih di Pasar Ramadhan yer..sedangkan azan mahgrib dah berkumandang..azan zohor berkumandang pun jangan di berada di Bazar Ramdhan hihihi.
Rasulullah telah bersabda di
dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang
sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h:
قال النبي صلى الله عليه وسلم : " لا يزال الدين ظاهراً ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون "
Agama
ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan
berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka
melewat-lewatkannya.
Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata:
وقال عمرو بن ميمون الأودي رحمه الله : " كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أسرع الناس إفطارا ًوأبطأهم سحوراً "
Sahabat-sahabat
Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka
puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.
وعَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ :
دَخَلْتُ
أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ :
رَجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ، وَالآخَرُ
يُؤَخِّرُ الإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاةَ ..
قَالَتْ : أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ؟
قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ .
قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
Dari
Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin
r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat
Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan
mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan
melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara
mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?”
Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin):
“Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w”.
Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma
Rasulullah s.a.w memulakan berbuka dengan mengambil
beberapa biji kurma basah . Ini untuk memudahkan
dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah
diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi katanya:
Rasulullah
s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa
biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka
dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan
beberapa teguk air.
kita?? hahha selagi tak kenyang mmg tank bangun dari meja makan la kan..berbezanya la dengan ape yang diajar oleh Rasullullah. Bulan puasa ni cuba berubah yer...
Tidur Qailulah
Tidur Qailulah ni tidur sebentar sebelum solat zohor. Ini untuk memberi kecergasan kepada kita untuk beribadah di malam hari.Jangan salah guna Qailulah ni asik tdo jer sepanjang masa pastu nak cakap sunnah..itu salah
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:
عَنْ
ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ”
اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ
وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ “
Dari
Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan
melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur
sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.
Menjaga Lidah
Ini penting..kang puasa dapat lapar je. Jaga lidah. berfikir sebelum bercakap. rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari
amalan tersebut. Antara
faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga
lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah,
mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha
juga dilakukan ketika berpuasa.
Umumnya
perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan
pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith
yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani:
رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ
Ramai
orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala)
dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk
(tiada pahala)
Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:
وَإِذَا
كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ
سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Apabila
seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia
memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau
dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ
وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ
وَشَرَابَهُ
Dari
Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak
menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t
tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan
minumnya.
Memberi Makan Orang Yang Berpuasa
Antara
amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat
neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan
menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa.
Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam
hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang
dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:
Sesiapa
yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa),
dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang
berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya
Bagi
mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk
memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan
tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang
Rasulullah s.a.w.
Adalah
sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang
menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara
doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:
- Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).
- Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka (riwayat Muslim).
Doa Ketika Berbuka Puasa/sebelum berbuka puasa
Nabi
s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah
mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w.
Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu
waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan
Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:
إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم...
Tiga
golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang
berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...
Rasulullah
s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah
doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan
ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai
hasan. Doa tersebut adalah:
ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى
Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.
Jom kita berpuasa ikut cara Rasulullah s.a.w dan para
sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah
dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat.
Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta
berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri
kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.
Sekian, terima kasih sumber.
Selamat berpuasa semua..luv u ols. Muahhh
sumber google |
selamat menjalani ibadah puasa...
ReplyDeleteselamat berpuasa farah :)
DeleteSelamat berpuasa :) terima kongsi tips ni.
ReplyDeleteSelamat Berpuasa :) sekadar berkongsi ilmu :)
Deleteselamat berpuasa..dapat menambahkn ilmu mi..=) time kacih
ReplyDeleteSelamat berpuasa siti ;)
Delete