"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

25 April 2013

Kota Bharu, Kelantan Day 3


Kota Bharu, Kelantan Day-3

Weehee syiokk woo kelantan rugi klo korang takmo pi klantan..Dah masuk hari ke3 dah..Klantan i dah tawan kahkah..

Okay di hari ketiga kitorang memilih untuk pergi 1) Jalan-Jalan sekitar town KB, nak pegi Pasar Siti Khadijah, Pasar MPKB, Kawasan Kota Sultan Ismail Petra.Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tambatan Di Raja., ni nak tgk ade ape, nak makan makanan tradisi klantan. Wah banyaknya!! Jom Jom cepat.  2) Nak g Pengkalan Kubor nak tgk ape barang diorang jual n nak compare price ngan Rantau Panjang. JOM!!!

Pasar Siti Khadijah
Best tempat ni. Tak tipu!! Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik. Kat sini ade jual macam-macam termasuk keperluan dapur dan lain-lain barangan asas. Jika menginap di sekitar bandar Kota Bharu, pasar ini wajib dilawati. Malah, boleh berjalan kaki sahaja jika menginap di hotel-hotel yang berdekatan.
Ia dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 6 petang. Sebelum membeli di sini, sila bawak duit secukupnya sbb mesin  ATM  jauh dari pasar ini.


pasar siti khadijah
Ni diaa.. macam2 ade sayor kampung -Gambar ehsan en.google


klo nak beli beras import keluaran Thailand boleh beli di Tingkat bawah ni, ade jenama Serindit, Pisang dan dll. Jenama Serindit ni paling tersohor sekali dan dikatakan paling sedap. Maka aku pun rembat 20kg. mmg sedap la!! Kat tingkat bawah ni memacam ade jual makanan dari sayur-sayuran kampung ade gak jual dodol, kopok lekor, asam, ikan kering, serunding dan lain-lain.

Dekat Tingkat 1, Pasar Siti Kahdijah ni ade medan selera..wah best i cakap uols makanan kat sini ade udang galah sebesar lengan korang!! Tak caya tolong la percaya harga RM10-30 yang besar lengan tu RM30 lah..
Sampai je aku terus naik makan..kat sini tolong la minum air coffee die sedap!! ade lagi sedap daging goreng mak aiii meleleh lah....huhuhu bila nak g lagi ni..

tempat makan di pasar siti khadijah
nampak tak udang!! sedap tuh- pic ehsan gugel gak

Kat Tingkat 2 pasar siti kahdijah lak jual baju2 kain sutera cantik2, kain batik, beg, kasut tudung bawal banyak sangat kualiti terbaik harga pun berpatutan. JOM BELI!! Penat jalan makan shoping, maka i tinggalkan Pasar Siti Khadijah ni dengan seribu kenangan. Pewwitt!!

Kota Sultan Isamil Petra
Ni tempat sume orang kena singgah klo g sini tau..Ingat tu pesanan I jangan lupe. pelbagai monumen bersejarah Kat suni seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar. Selain monumen bersejarah, Dan jangan lupe singgah Kampung Kraftangan Kat sini banyak jual keychain, fridge magnet, t-shirt klo nak kasi pada sahabat handai uols, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tambatan Di Raja. Kat sini i bergambar jer.

Pengkalan Kubor, Kelantan

Lepas penat maka kitorang balik hotel, mandi solat rehat dan mula menuju ke Pengkalan Kubor lak. Pengkalan Kubor ialah  Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat . Terletak di Utara Negeri Kelantan Bersempadan dengan Negara Thailand Tak Bai, Narathiwat sebelah barat dan utara (Kuala Tabal) 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal , sampan , bot , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubor' ialah tempat orang mati ditanam.Itulah lah serba sikit pasal Pengkalan Kubor.

Apa ada kat sini, barang yang dijual kat sini sama je macam kat Rantau Panjang, tapi...hahah secara jujurnya aku suka Pengkalan Kubor. Sebab?? Die Best hahah sini lebih teratur dan barang yang i  nak tgk banyak tu ja..hihih,,,kat sini klo nak tgk pinggan mangguk jenama Corelle, Luminarc, Borcam, Vision, Pyrex, Corningware. Silakan. Banyak sangat harga dia murah. Coklat pun banyak Daim pun ade jual kat sini tau.

Ade 1 kedai best kat sini nama dia Nadi Collection die jual handbag, wallet, purse, wristlet, baju, n dll..best tempat ni. klo pegi lagi sekali i nak serbu kedai ni dulu. 

Ini lah perjalan hari ke3, i bersama anak-anak, suami dan mak tercinta.!! Hari ke4 esok kite balik sebelum balik kena round lagi..mana ya nak pegi esok..Tunggu!!!








No comments:

Post a Comment