"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

02 January 2014

2014!!

Happy new year source Google

Alhamdulillah 2014 dah ambil alih. Syukur ke hadrat Ilahi, memanjangkan umur, pemberian kesihatan yang baik, kurniaan rezki, keluarga yang harmoni, Alhamdulillah syukur. 

Rasanya masih belum terlewat untuk i ucapkan pada uols semua Happy new Year!! Hari ni status fb kawan -kawan mesti semua teruja cerita pasal first day hantar anak ke sekolah/tadika. Meriah sungguh. Sebagai parents walopun anak tu baru nak tadika kita dah pilih yang terbaik untuk anak-anak.. semua parent nak anak cemerlang dan pandai. 

Tapi kadang2 kite leka dengan kerjaya, dengan harapan dah pilih tadika/sekolah yang terbaik untuk anak2 kita dah serahkan tanggungjawab kita sepenuhnya untuk guru mendidik anak-anak kita. pada I ini tidak adil untuk anak -anak.

Esok-esok, bulan bulan mendatang kita tak pernah tya langsung pelajaran anak2, homework, semuanya  harapkan guru ajarkan. yang kita tahu bayar yuran tadika/sekolah setiap bulan. Hujung tahun baru tgk result anak tak cemerlang!! nak salah sape?? sekolah/tadika, anak, or guru?? hahah time ni anak2 pun mesti terkujat kenapa hari ni parents diorang concern sgt pasal pelajaran dah setahun berlalu tak pernah tya. last tya hari first sekolah itupun sebab mak ayah nak update kat status fb.

Mulalah nak salahkan sekolah/tadika tak ajar betul2, yuran cas beriban, cikgu kurang berpengalaman, anak jiran tadika XY  lagi pandai. Walhal salah pada diri sendiri, serahkan tanggungjawab pada orang lain..permulaan dah baik hantar anak ke tadika/sekolah yang bagus, tapi pertengahan terabai sedikit dah gagal.. Kejayaan seseorang anak perlu kan pengorbanan ibu dan ayah bukan guru semata. 

itu untuk yang parents yang dah cuba beri terbaik untuk anak2 bagaimana pulaklah nasib anak2 yang mak ayah langsung tak ambil tahu langsung, janji sekolah,  sesi sekolah anak pagi ke petang pun tak peduli, baju sekolah/tadika anak kaler ape pun tak ingat ,buku-buku anak langsung tak amik tau, buku berapa buah hahah ini lagi la kantoi. Nauzubillah. 

Ingatlah wahai mak ayah. zaman anak2 menjadi pelajar hanya sekali so u guys berkorbankanlah masa. jangan mengejar duit semata membayar yuran. kejayaan tu mahal harganya.

Hahah panjang lak bebelan i kan..sebab selalu tgk anak kurang berjaya mak ayah stress sgt..ini sebenarnya peringatan untuk diri sendiri. sebab tu  tulis kat belog sendiri... untuk selalu ingat dan kekal dihati i..sebab isnin ni anak i dah nak ke tadika. uols doakan anak i jadi anak yang cemerlang didunia diakhirat yer. Thanks

HAPPY NEW YEAR 2014!!


No comments:

Post a Comment