haa tudia penangan balik utara, Kami jd mee udang hunter..tak puas makan kot balik singgah beli udang di Kuala Sepetang masak lg kat Umah...ammboii sgt..pasni bawak2 la diet..dah montel laki bini... Teruk benar dah rupenye kehkeh
Kehandalan my mom masak mee mmg meletops lah..so Jom check in out resepinya ;)
Bahan bahan
Mee kuning
Air rebusan udang
1 kg ubi keledek rebus dan blend
4 senduk cili kering diblend
4 ulas Bawang kecil } dikisar
4 ulas Bawang putih } dikisar
1 biji Bawang besar } dikisar
1 senduk sos
4 sudu sos tiram
Garam
Gula
Bahan untuk Tumis
4 ulas Bawang Kecil
4 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan
Telur
Daun Bawang
Daun sup
Cili hijau besar
Tomato
Sawi
Cara-caranya
Panaskan minyak, tumis Bawang sehingga kekuningan. Masukkan bahan yg dikisar td. Masak sehingga naik minyak. Masukkan sos cili ya sos tiram kemudian masukkan keledek yg telah diblend. Masukkan air rebusan udang. Tambah air ikut kepekatan. Masukkan udang. Biarkan mendidh seketika. Masuk garam gula secukup rasa. Kuah siap masak. Celur mee dan hidangkan bersama hiasannya. Wahhh gitu.
Apa lgi jom lah try. Senang je..
Ok byee muahhh
No comments:
Post a Comment