"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

29 October 2011

Investment in Gold

Assalamulaikum...

Tajuk kita pada kali ini adalah Investment in Gold...dalam bahasa Melayunya ops Malaysia pelaburan dalam emas..mesti korang sume suspect ngan aku lah pasni because....i can talk in gold investment oukeyyy hahah...ok jangan taksub dulu dengan kelebihan aku hihihi..ini hanyalah kurniaan kecil dari Allah....hahah sangat perasan oukeyyy cita pun blom start...

Let's rock with me...kenapa aku nak sangat cita pasal emas2 ni...:)) mesti korang ingat aku dealer nak promote product!!owhh tidak sama sekali...Acctually aku sekarang ni tgh wat research pasal pelaburan emas ni..haha..gempak gila wat research...mesti korang ingat aku ni Prof Madya dari memana ipt tersohor di Malaysia ni takpun penganalisi Economic...hahahh dengan humblenya aku jawab xdelah...hahaha

Aku buat research untuk diri sendiri je..sblum keinginan untuk melabur tu timbul..honestly seketul emas pun aku blom beli..cakap je lebih haha..last aku beli emas duit mas kawin masa aku dulu tahun 2008..korang kire sendiri dah bape tahun aku kawin hihihi...

Nak jadi citer sebenarnya ade la orang kenen2 aku suh melabur dalam emas ni..ahha klakarkan?? banyaknyer duit aku sampai nak beli emas ni..nak beli ikan bilis bolehlaa...ok takpe aku tak kisah aku mmg suke klo ade orang propose aku ni..satu aku leh la dapat ilmu..kedua..orang masih ingat aku berduit kuikui...i loike..jadi bermulalah aku bersengkang mata wat research pasal investment in gold ni...secara kebetulan pulak rakan opis aku dealer Public Gold kehkeh..bleh la aku tambah ilmu...

Secara peribadinya..pelaburan dalam emas ni sangat sesuai untuk jangka masa panjang..masa aku kawin dulu 2008 harga emas pergram RM103 je...sekarang..sila tgk business news yer..mesti korang terkebil2..

Incase la klo sekarang ni korang ade la lebihan duit yang mmg xde plan dalam masa terdekat nak renovate rumah ke, tukar keta ke, beli sofa baru ke nak raya haji ni, buat kitchen cabinet ke...boleh lah digunakan untuk beli emas...Emas yang aku maksudkan ni bukanla emas yang bleh beli kat Poh Kong or HabiB Jewel tu..tapi jongkong emas hahah...klo nak beli emas kat Poh Kong or Habib pun boleh..tapi adalah lebih afdal beli jongkong kate nak invest kan....

kat sini aku paste je ape itu pelaburan emas,...korang baca la sndiri aku da ngantuk ni...
Dalam sistem kewangan ketika ini, terdapat 3 jenis wang yang digunakan sentiasa kita gunakan dalam menjalani kehidupan seharian, dimana setiap satu darinya mempunyai peranan dan fungsi penggunaan yang berbeza. Hari ini, diantara faktor utama yang membuatkan kewangan peribadi kita dilanda “Bencana Kewangan” ialah disebabkan oleh pengetahuan tentang kewangan yang amat sedikit sehingga kita tidak menyedari akan kewujudan ketiga2 jenis wang ini, sekaligus membuatkan kita seringkali menyalah fungsi penggunaannya.
3 kategori tersebut ialah :
1- Wang Komoditi – Peranannya adalah sebagai Penyimpan Nilai dan ianya digunakan sebagai medium simpanan untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Cth : Emas & Perak (Fizikal).
2- Wang Fiat – Peranannya adalah sebagai Alat Pembayaran yang diterima penggunaannya untuk mendapatkan barangan keperluan dan perkhidmatan. Cth : Wang Kertas.
3- Wang Kredit - Peranannya adalah untuk membolehkan kita membuat sesuatu pembelian / pinjaman dan ianya mesti dibayar semula dalam sesuatu tempoh secara ansuran. Cth : Pinjaman / Kredit Kad.
Berdasarkan penjelasan diatas, anda telah pun memahami peranan dan fungsi setiap jenis wang, dan cuba anda periksa semula tabiat kewangan anda, adakah anda menggunakan sesuatu jenis wang itu pada tempatnya yang sebenar atau sebaliknya?
Saya yakin, pasti tidak ramai yang menggunakan Wang Komoditi (Emas & Perak) sebagai simpanan jangka pendek, sederhana dan panjang mereka, kerana mereka lebih gemar menyimpan Wang Fiat di bank dan bagi mereka ianya lebih selamat dan menguntungkan.
Namun begitu, disebabkan anda telah menggunakan Wang Fiat yang sepatutnya hanya digunakan sebagai medium pembayaran kepada medium simpanan, bermakna anda telah menggunakan wang yang salah untuk fungsi yang salah. Maka kesannya, semakin banyak Wang Fiat yang disimpan, semakin rendah kuasa beli anda atau dalam ertikata lain makin sedikit barangan dan perkhidmatan yang anda boleh dapatkan pada masa akan datang, dan situasi  inilah yang dinamakan Inflasi.
Simpan Jumlah Atau Nilai?
Hakikatnya, setiap kali anda menyimpan Wang Fiat, bermakna anda telah menyimpan Jumlah Wang dan bukannya Nilai Wang, kerana kertas yang anda simpan itu tiada nilai. Berbanding jika anda menukarkan Wang Fiat yang hendak disimpan itu kepada bentuk Wang Komoditi terlebih dahulu sesuai dengan fungsinya sebagai simpanan, maka anda telahpun menyimpan Nilai Wang anda di dalam bentuk Emas / Perak kerana kedua2 komoditi ini mempunyai nilainya sendiri.
Harus diingat, KEKAYAAN yang perlu disimpan itu adalah dalam bntuk Nilai dan bukannya Jumlah, kerana Nilai adalah sesuatu yang Abstrak, tidak boleh diperbaharui dan tidak akan lenyap menjadikan sesuatu yang bernilai itu akan sentiasa berharga (mempunyai harga). Berbanding Jumlah, ianya adalah sesuatu yang boleh dihitung, diperbaharui dan ditambah pada bila2 masa menjadikan ianya sesuatu yang tidak mempunyai harga.
Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan diantara menyimpan di dalam bentuk Jumlah dan Nilai.
Wang Kertas Dengan Jumlah Yang Banyak

Jumlahnya Menjadi Sedikit Apabila Yang Disimpan Adalah Nilainya
Wang kertas dalam gambar diatas adalah jumlah yang sama yang saya gunakan untuk ditukar kepada bentuk Wang Komoditi kerana Wang Kertas tersebut adalah untuk tujuan simpanan. Lihat, jumlah Dinar Emas yang saya perolehi menjadi sedikit apabila telah ditukarkan dari Wang Fiat kepada Wang Komoditi.
Lebih menarik lagi, Wang Komoditi bukan sahaja menyimpan nilai kekayaan saya, tetapi juga menggandakan nilai kekayaan saya melalui kenaikan semasa harga Emas di pasaran. Saya pasti, tiada siapa akan menyangka Wang Kertas sebanyak kira2 RM47,200.00 di atas tadi, apabila saya tukarkan dalam bentuk Wang Komoditi sebaagai simpanan, kini hanya kira2 10 bulan sahaja jika saya menjualkan kesemua Dinar Emas tadi untuk mendapatkan Wang Fiat, maka jumlah keseluruhan Wang Fiat yang akan saya perolehi adalah sekitar RM60,800.00 atau penambahan Jumlah Wang Fiat sebanyak RM13,600.00 bersamaan dengan kenaikan sebanyak 29%!! Bermakna purata penambahannya ialah sebanyak RM1,360.00 sebulan!!
Nah, inilah yang dikatakan kehebatan dan keistimewaan Wang Komoditi Emas & Perak kerana ianya bukan sahaja menyimpan nilai, tetapi ia juga menggandakannya, dalam ertikata lain, Wang Komoditi Emas & Perak adalah satu medium Simpanan & Pelaburan yang unggul! Berbanding jika Wang Fiat itu tersimpan sahaja, adakaah ianya akan bertambah jumlahnya dengan sendiri? dan apakah lebih banyak barangan keperluan dan perkhidmataan yang akan anda perolehi?
Pada bila2 masa saja, sekiranya saya memerlukan sejumlah Wang Fiat untuk digunakan, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar ini mengikut kepada jumlah Wang Fiat yang diperlukan sahaja, selainnya biarkan sahaja ia di dalam bentuk Emas kerana makin lama disimpan, maka semakin banyak nilai yang akan digandakan. Dan bukan sekali ini sahaja saya menukarkannya kepada bentuk Wang Komoditi sebagai simpanan, tetapi setiap kali saya ada Wang Fiat yang tidak digunakan dan ingin disimpan, maka saya akan segera menukarkannya kepada Wang Komoditi untuk disimpan sehinggalah sampai waktu saya memerluka  Wang Fiat kelak, barulah ia akan saya tukarkan semula.

dah baca...n harap korang faham la kebaikannya..nnt aku sambung citer lagi klo aku ade info...
chowww nitee u all..

No comments:

Post a Comment