"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

12 July 2013

Jenis Makanan Yang sesuai ketika Ramadhan


Bersiaran kembali dihari ke-3 ramadhan :) Klo dah tengah hari tu mesti  ligat kepala dok pikir nak berbuka ape kan? Betol tak?? jangan nipu kate tak!! Perasan tak, since puasa ni uols dah lupa yang korang diet?  Buat ape nak diet lagi kan dah puasa!  Berbuka kang makan jer ape nak? Anda salah!! hahah kemain lg i kan nak salah2 kan uols..

Percaya atau tak klo i katekan berpuasa pada bulan Ramadhan ni mampu meningkatkan kesihatan? Percayakan! bagus anak anak! Tetapi ia juga berkemungkinan untuk menjadi lebih teruk. Faktor penentunya bukan pada puasa tapi pada kekdah korang berbuka dan bersahur. Perut korang relaks je sepanjang hari tak perlu bekerja..tetiba time maghrib je zasss macam2 masuk..murtabak, ayam percik, sotong bakar, bertubi2 masuk amik turn minta di hadam..Colon pun angkat tangan surrender kot!

untuk mendapatkan manfaat kesihatan di bulan ramadhan ni tolong lah bekerjasama dengan perut.  Jangan lah berbuka macam nak balas dendam gayanya. Makan je macam biasa, ikut kumpulan makanan (karbohydrat, lemak, protin, dan lain-lain) dan menepati kuantiti yang diperlukan.

posa tak posa ikut ni gak hahah

Jadinya tak susah pun untuk korang pilih menu. Kang ade lak kate dah la puasa sepanjang hari berbuka pun kena diet lagi..hahah takmo2. tak perlu la puasa siang malam yang penting pastikan dalam juadah berbuka anda perlu ade:-

1) Karbohydrat Kompleks - membekalkan tenaga untuk jangka panjang cth nya barli, gandum, oat, beras. hah sape kate tak leh makan nasi boleh uols..makanlah.

2) Makanan yang kaya dengan serat- ni untuk menyenangkan proses penghadaman..kang malam raya baru poo poo acaner?? banyak terdapat pada bijirin, gandum, ubi kentang, sayur sayuran ijau, dan buah-buahan. 

3) Please makanlah kurma, walaupun masih ade yang tak suke ngan kurma. sebab kurma boleh memberi tenaga yang banyak dan kesegaran kepada kita.

make sure ade kat rumah uols sentiasa  bukan bukan ramadhan je

Yang perlu dielakkan tapi mmg sukar hahha i tau..sbb i pun same..

1)  Makanan yang bergoreng (Deep Fried Foods)- Katakan tidak pada ayam goreng, kentang goreng.
huhu tengok jer..

2) Makanan yang punya gula banyak seperti air yang terlalu manis..klo beli cendol kan bazar tu gitau eh gula lebih yer gula kurang yer. manisan macam laddu, or klo manisan tradisioal arab.

3) Minuman berkaffein perlu dielakkan kerana kaffein mengurangkan kandungan cecair badan dengan meningkatkan proses perkumuhan melalui air kencing. Kopi, teh dan kola merupakan minuman yang mengandungi kadar kaffein yang tinggi. hahha peminat coffee habis la pengsan!! i kasi can la uols minum sehari seteguk hilang tak gian!


Tips waktu sahur pulak simple je
Jangan amik makanan yang berat dan terlalu mengeyangkan, jangan la pulun makan sampai azan subuh gara-gara takut lapar esok!! dahla berbuka tadi sampai 2 pagi dok makan? berbuka makan, pegi tarawikh pekena pulak moreh, balik singgah ngeteh lg?? now bangun sahur amik ringan2 jelah.  tetapi kena amik makanan yang kekal memberi tenaga untuk jangka masa panjang. Pilihla yang lambat hadam, seperti oat dan roti jangan lupa kurma. Mudahkan!

Selain itu, Al-quran, As-sunnah dan kajian moden mengesyorkan beberapa makanan yang baik ketika berpuasa seperti susu, kurma, daging lembu atau kambing, dan oat.

Sekian, tips pemakanan untuk uols berpuasa dan sihat, maintain jelita sepanjang ramadhan. 

Byee Muahh!!










8 comments:

  1. Serupa pakar pemakanan pula

    ReplyDelete
  2. ayam upin ipin..hee..kadang2 trlajak makan jgk..hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayoyo tu dah kira terlajak tak leh undur tuh..mmg la nafsu kan nak sedap ajer :)

      Delete
  3. tu dia!!!pakar pemakanan dah bagi tips.ikut jangan tak ikut

    ReplyDelete
  4. Saya makan capati...hari hari saya makan capati... Saya makan capati...hari hari saya makan capati... Saya makan capati...hari hari saya makan capati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous aloh ciannya :) meh la berpuasa di Malaysia macam-macam ade, ups!

      Delete