"it may happen that you hate a thing which is good for you. and it may happen that you love a thing which is bad for you.Allah knoweth, you know not'

02 July 2013

Wahab Cendol, Setapak

Mungkin ade yang dah penah dengar kot Wahab Cendol ni..sbb kedai ni mmg femes dah..tak perlu nak knal2 lelebih dah.
sedap makan cendol sebelah pokok kelapa..


Semalam i ngan Kakak Yan pegi jumpe tailor kat gombak, balik singgah basahkan tekak dan buncitkan perut di Wahab Cendol. 
sonok la dapat kuar ngan kakak yan

Cendol kat sini very the variety hahah, ade cendol pulut, tapai, jagung, and macam2 lg..klo dah ade cendol kena la ada pasemboq atau rojak, macam2 lagi ade kat sini, mee rebus, mee goreng, nasi ayam dll.

menu leh baca disini laju laju
kat Cendol Wahab ni self serbis yer, jangan pegi duduk kat meja nak nunggu orang datang amik order. Nando. Korang kena pegi kat depan, baca menu die yang banyak tu..pastu order, bayar n dapat resit..kat resit tu ade no. giliran. tunggu sehingga giliran anda dipanggil Opss tak panggil k, die canggih sikit ade screen LED kat situ..tunggu sehingga screen LED tu memaparkan no giliran anda. Pastu korang kena g amik sendiri makanan korang di kaunter dan makan. Senangkan!! 
tadda Rojak Biasa RM 4


Kepada penggemar cendol jom i citer sikit pasal asal kejadian cendol nih,  Nama asal cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. sbbnya dedulu nak buat cendol ni perlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.

Chorn Dooi Pulut RM 2.80 dan Mee Rebus RM 4
Menurut penyunting journal makanan Cina, Flavor and Fortune, Jacqueline M. Newman, hidangan cendol memiliki cita rasa Malaysia, mengaitkan kaitan antara jeli dan kacang dalam air batu campur dengan bahan halo-halo ("campur-campur") di Filipina. 

Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh 90 tahun.  Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.

Sekian, bye..muahhh!!




5 comments:

  1. baru first time dengar pasal wahab cendol ni...kat mana ni ek?

    ReplyDelete
  2. wah!! sedapnya condoi puluq..hee..dah la tak makn lgi ni.mcm nk p cari lah..=)

    ReplyDelete
  3. Aritu g rasa.... tp apsal mcm biase je ek? Xde ummpp pun!

    ReplyDelete